Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Rabu, 27 Ogos 2008

Minggu KoAkademik




Salam sejahtera.

Nampaknya semua pelajar sibuk minggu ini. Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan. Kepada semua ahli Kelab Usahawan diucapkan terima kasih dan syabas atas usaha menambahkan duit tabung kelab kita. P&P selepas rehat adalah seperti biasa, oleh itu jangan lupa masuk kelas.

BERJUMPA KEMBALI....


Salam sejahtera.

Selamat kembali semula ke sekolah setelah seminggu bercuti. Tentu pelajar-pelajar semua telah menggunakan masa cuti dengan sebaiknya untuk mengulangkaji dan menghabiskan tugasan yang tertangguh. Sebelum Percubaan bermula, pelajar perlulah memastikan bahawa semua soalan-soalan STPM sebenar telah cuba untuk dijawab. Latihan kita untuk minggu ini ialah 3.1 Pemasaran. Subtopik ini merupakan topik yang terpenting dalam Bab 3 dan merupakan subtopik yang panjang dan banyak yang perlu dibaca. Rancangkan masa dengan sebaiknya, lihat bahagian mana yang perlu diberi perhatian yang lebih, dan pelajar-pelajar digalakkan untuk berbincang secara berkumpulan (4 orang). Datanglah berjumpa cikgu sekiranya pelajar menghadapi masalah. Jangan ingat kamu sudah terlambat, yang penting adalah kesedaran dan usaha atas kesedaran itu.

Selamat Maju Jaya

Selasa, 12 Ogos 2008

Minggu 30

Salam sejahtera
Minggu ini kita akan membuat ulangkaji Bab 3.3 Kewangan. Adalah diharapkan agar pelajar-pelajar telah menyelesaikan tugasan soalan STPM berkaitan tajuk ini sebelum kita membuat ulangkaji. Kita akan membuat latihan pengiraan pada kelas ke dua minggu ini.

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan buat semua.
Hari ini saya diperkenalkan dengan blog. Maka dengan penuh semangat saya mengadap komputer. Maklumlah, kelas harini bermula 12:10 tghari. Saya membuat blog ini untuk guru-guru dan pelajar Pengajian Perniagaan, khususnya guru-guru dan pelajar-pelajar di SMK Telok Datok, Banting. Marilah kita bersama-sama berbincang mengenai sukatan, BBB, masalah-masalah dalam pembelajaran dan pengajaran, soalan-soalan percubaan dan sebagainya.
Peperiksaan Percubaan STPM pun dah dekat ni.....
Selamat Maju Jaya