Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Rabu, 5 November 2008

Kemalangan

Saja ingin berkongsi dengan teman-teman.

Semalam semasa dalam pemanduan ke sekolah( 7 pagi), dengan kelajuan 90 km/j dan berada di lorong kanan, tiba-tiba hood depan terangkat . Sudah tentu pandangan saya terhalang. Alhamdulillah ketika itu lori di belakang tidak terlalu dekat. Saya terus membrek secara perlahan (takut drift la pulak), dan pasang hazard. Saya takut jika ada kenderaan yang laju dan tidak sempat untuk membrek. Saya ada dua orang anak dalam kereta. Ya Allah, selamatkanlah kami.
Bila semua kenderaan dah lepas, baru lah saya ke bahu jalan. Cermin kereta retak sahaja, tak berkecai. Saya bersyukur kerana kami semua dapat meneruskan perjalanan dengan selamat. Hal cermin kereta, kenalah tunggu bonus.
Jadi saya berharap agar kawan-kawan semua lebih berhati-hati sebelum memulakan perjalanan. Periksa kenderaan. Mungkin ini salah saya kerana tidak memastikan hood depan ditutup dengan rapat. Kemalangan boleh dielakkan.
Wassalam

Isnin, 3 November 2008

Takziah dan tahniah

Alfatihah untuk allahyarhamah Norizan yang telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat lepas. Setiap kali masuk pusat sumber, atau ke bilik kuliah, saya akan teringat pada dia. Saya dapat tahu anaknya yang sulung sering termenung. Memang sedih mengenangkannya. Semuga keluarganya tabah dengan pemergiannya ini.

Tahniah pula untuk AJK Kelab Guru Dan Kakitangan (KGK) SMKTD yang telah berjaya menganjurkan Jamuan High Tea pada hari Ahad di Hotel Impian, Morib. Meskipun tidak semua hadir, namun kemeriahan dan kemesraan dapat di rasa. Semuga AJK KGK dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti berkeluarga di tahun hadapan.