Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Rabu, 25 Mac 2009

Harga naik, harga turun

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian ,

Perubahan harga sentiasa saja berlaku. Ada yang naik harga, ada yang turun harga. Apakah yang menyebabkan keadaan ini?
Sebagaimana yang pelajar-pelajar ketahui, peniaga/ organisasi sentiasa melakukan perubahan harga. Ada yang memilih melakukan pemotongan harga dan ada yang memilih untuk menaikkan harga.

Pemotongan harga dilakukan apabila terdapat lebihan kapasiti pengeluaran (lambakan), syer pasaran menurun atau peniaga berniat untuk menaikkan/ menambahkan syer pasaran . Dengan harga yang lebih rendah, pastinya lebih ramai pembeli ! Kadangkala penjual memberi diskaun. Beli satu, dapat percuma 2 lagi !.

Menaikkan Harga dilakukan apabila inflasi berlaku, atau permintaan tinggi. Kadangkala kita tidak perasan peniaga menaikkan harga kerana mungkin mereka tidak menaikkan harga secara terbuka tetapi lebih kepada mengurangkan kualiti/ ciri-ciri, menukar pembungkusan dsb. Bukankah kuih muih semakin kecil sekarang? Yang harganya 50 sen satu pun masih lagi tidak mengenyangkan.

Jadi, kalau nak beli nasi lemak tu, selidik dulu ya. Jangan cari yang harganya paling murah, kerana balik rumah anda mungkin dapati bahawa anda dapat nasi semata-mata. Timun nampaknya kena tanam sendiri!

Definisi 4P

Produk:

Sesuatu barang, perkhidmatan, organisasi, idea, tempat yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian, milikan, atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.

Harga :

Jumlah nilai yang pengguna tukarkan bagi faedah yang diperolehi hasil penggunaan barang-barang dan perkhidmatan.

Promosi:

Komunikasi yang digunakan oleh pemasar memberitahu, menggalak, dan meyakinkan pembeli/ pelanggan supaya mencuba dan membeli keluaran yang ada di pasaran.

Pengedaran:

Aktiviti memindahkan produk daripada pengeluar kepada pengguna/ pembeli.

Rabu, 11 Mac 2009

Jenis-jenis kemahiran

Keputusan STPM

Keputusan STPM dah keluar semalam. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana peningkatan peratus lulus, sorang aja yang gagal kan. Moga tahun depan kita dapat tengok keputusan yang lebih baik. Alhamdulillah, PP pun meningkat tahun ni kepada 93.3%. Tahniah dan terima kasih untuk Cikgu Faizah dan Cikgu NikHanani. Pelajar kita tahun ni, macamana, ya Cikgu Jaaronah. Calon semakin kurang (46 je kan). Boleh maintain ke ni???????

Khamis, 5 Mac 2009

Jenis-jenis Kemahiran

























  1. Apakah maksud kemahiran? Pelajar-pelajar perlu tahu definisi setiap jenis kemahiran, serta darjah kepentingannya kepada tahap pengurusan.



Selasa, 3 Mac 2009

Masihkah kau ingat?

Apa itu pemasaran? Pemasaran adalah aktiviti menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna tepat pada masa, tempat, kuantiti dan harga (dengan menggunakan campuran pemasaran yang sesuai.

Kita juga telah mempelajari aktiviti-aktiviti pemasaran yang terdiri dari pembelian, penjualan, pengangkutan, penstoran, pembiayaan, penggredan dan pemiawaian, pengambilan risiko, pengumpulan data, penjenamaan, dan juga penglabelan. Cikgu harap pelajar-pelajar dapat menjelaskan setiap aktiviti tersebut.

Juga jangan lupa kepada konsep asas pemasaran yang terdiri dari keperluan, kehendak, permintaan, produk, pertukaran, pasaran, transaksi, dan juga nilai.