Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Ahad, 23 Ogos 2009

Puasa, Cuti, Merdeka

Alhamdulillah. Umat Islam di Malaysia telah mula berpuasa sejak Sabtu. Doa dan harapan saya agar Ramadhan tahun ini lebih baik, lebih banyak amalan dan ibadat, lebih meriah (tanpa mercun), dan lebih menginsafkan. Tahun ini saya berazam tak mahu pergi bazar Ramadhan.



Cuti sekolah bermula. Kebetulan pula bulan puasa bermula. Tak adalah pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Buka sekolah nanti dah 9 hari puasa, harap tak ada yang bagi alasan ya. Kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini, ambillah peluang cuti ini untuk menambah ilmu, membuat latihan sebanyak mungkin . Moga Allah memberkati usaha kita semua.




Sambutan kemerdekaan tahun ini nampaknya kurang meriah ya. Kenapa agaknya? Tak mungkin kerana H1N1 . Walaubagaimanapun, saya ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekan ke 52 kepada semua warga Malaysia, khasnya staff SMKTD.


**Gambar-gambar di ambil ketika Kelab Usahawan ke Tugu Negara sebelum meneruskan perjalanan ke Pesta Buku Antarabangsa.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sabtu Dan Exam

Sabtu - 15 Ogos 2009
Hari ini merupakan hari persekolahan- ganti. Menggunakan jadual hari jumaat. Jadinya kelas hari ni sama dengan semalam. Yang bezanya...... jumlah murid. Nampaknya tak ramai yang datang. Tapi tak apalah, yang dah ada dalam kelas ni yang perlu di beri perhatian.

Ujian Bulanan
Isnin hingga Rabu ni ujian bulanan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 6 bawah. Selamat Berjaya cikgu ucapkan.

Juga kepada pelajar Tingkatan Tiga yang menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. Buatlah yang terbaik. Kamu adalah harapan ibubapa, guru/ sekolah, agama, negara, bangsa.

Rabu, 5 Ogos 2009

Minggu KoAkademik

Minggu Ko-Akademik yang dijadualkan bermula 17 Ogos dipercepatkan kepada 3 - 7 Ogos. Ini bagi memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk membuat ulangkaji (minggu 10 - 14 ogos) bagi Peperiksaan percubaan PMR dan Ujian bulanan untuk tingkatan 1,2, 4 dan 6 bawah yang akan berlangsung 17 - 21 Ogos nanti.

Upacara memotong reben dan melepaskan burung dalam Perasmian Minggu KoAkademik telah dilakukan oleh Tn Hj Abdul Wahid, Pengetua SMKTD. Aktiviti-aktiviti dihadkan sehingga jam 11:00 pagi sahaja dan pelajar rehat antara 11:00 sehingga 11:30 pagi.

Meriah sungguh gerai-gerai yang dibuka oleh pelajar-pelajar. Ada yang menjual aiskrim, jagung bakar, ikan bakar, ice blended, roti sausage dan berbagai-bagai lagi. Kelab Usahawan bimbingan saya dan cikgu azuriah pula menjual gula-gula kapas, jagung kukus, muffin, lollipop, coklat dan juga roti aiskrim. Nampaknya ramai pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan sekiranya bibit-bibit keusahawanan ini dipupuk, dibaja, dan dijaga, kita dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dalam tempoh terdekat ini.