Sabtu, 23 Oktober 2010
Kursus Keterampilan Bertutur
Pada 12 Oktober 2010, telah diadakan Kursus Keterampilan Bertutur anjuran bersama Koperasi SMKTD dan ANGKASA. Seramai 34 pelajar dari kelas 6A1, 6B1, dan 6B2 telah menyertai kursus ini.
Peserta-peserta kursus
Kursus disampaikan oleh En Hazim dari ANGKASA.
Pelajar-pelajar telah didedahkan cara mendengar yang berkesan, gaya bahasa badan, dan bagaimana mengatasi gangguan dalam komunikasi.
En Hazim menunjukkan jarak yang sesua semasa berkomuikasi
En Hazim : Masa berucap jangan peluk tubuh ya.
Smasa bengkel, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan diberi tajuk untuk dibahaskan.
Peserta-peserta membentangkan hujah masing-masing
Selasa, 6 Julai 2010
Teringin ................
Memang dah lama tak update blog ni. Ada banyak cerita nak tulis, macam-macam gambar nak masukkan. Tapi semuanya tak jadi. Sejak cuti sekolah awal Jun lalu, komputer ni meragam. Tu yang jadi penyebab malas nak buka komputer. Asyik berkelip2 je. Macam lampu kalimantang tu. Tengok tu, dah mula dah. Bye.
Isnin, 31 Mei 2010
Peperiksaan ....... Dan cuti.....
Perkara ini sangat baik kerana ia dapat membangkitkan mood dan motivasi pelajar. Selamat Berjaya kepada pelajar Enam Atas 2010 !
Selepas ini, sekolah akan bercuti selama 2 minggu. Adalah diharapkan agar pelajar menggunakan peluang ini untuk mengulangkaji topik-topik yang mereka rasa masih lagi lemah dan belum dikuasai. Pastinya dengan PPT yang baru saja berlalu, pelajar tahu kelemahan masing-masing dan mengambil langkah proaktif untuk memajukan diri sendiri.
Selamat Bercuti.
Khamis, 20 Mei 2010
Guru Pembina Negara Bangsa
Selepas pembacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran oleh guru bertugas, Tn Pengetua SMKTD telah menyampaikan amanatnya. Tn Pengetua juga telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan guru yang selama ini telah bersama-sama dan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang.
Jemputan khas Roy - menyampaikan empat buah lagu.
Rabu, 14 April 2010
KOLOKIUM
2 orang gurumatapelajaran ditugaskan untuk menilai pembentangan pelajar-pelajar.
Penilai, Pn Junaidah dan En Manan untuk Pengajian Am di Makmal Fizik
Penilai di Bilik Kuliah
Rabu, 7 April 2010
MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMKTD
En Sallahuddin mempengerusikan perjalanan mesyuarat.
Khusyuk mendengar penerangan diberikan
Saya mencadangkan agar minit ini diluluskan. Sokong! Sokong!
Pn Mai Zaiton, Pn Jaaronah.
Ahad, 28 Mac 2010
Sukan SMKTD 2010
Masa : 7:30 pagi -
Rumah Raja Haji menjuarai sukan tahun ini . Tahniah diucapkan. Juga kepada Hang Tuah yang memenangi acara perbarisan. Hidup Hang Tuah!!!
Terima kasih juga kepada En Aris yang telah memberi sumbangan untuk hadiah perbarisan. Semuga Tuhan memurahkan rezeki En Aris.
Sabtu, 13 Mac 2010
SPM dan STPM
Tahun ini juga kita boleh lihat sistem grading yang baru, dari A+ hingga G. Sebenarnya saya hairan, pening, campur sedikit keliru dengan grading ni. Bukannya apa, grading macam STPM tapi ada beberapa pebezaan. STPM lulus bermula dari A, A-, hingga C. Kemudian siapa dapat C-, D+, D, atau F adalah gagal (Tiada E). Ini bermakna 7/11 grading adalah untuk lulus. SPM pula ada A+,A, sehingga G. Hanya siapa yang dapat G sahaja gagal (9/10 grading adalah untuk lulus).
Pada pandangan saya , grading ini perlulah diseragamkan. Ini dapat mengurangkan kekeliruan terutamanya kepada mereka yang berada di luar bidang pendidikan . Kalau cikgu sendiri dah pening, makcik kat kampung dan taman perumahan saya ni apa lagi ya.
Contoh : Pn Arni ada seorang anak yang mendapat keputusan STPM minggu lalu dengan mendapat 2B, C dan C-. Maknanya dia gagal 1 m/p. Seorang anak lagi mendapat keputusan SPM minggu ini dengan 4B, 2C , 2D, 1E. Tapi tiada satu pun yang gagal kerana D/E dalam SPM dikira lulus.
??????????????????????
Khamis, 25 Februari 2010
Keputusan STPM 2009
Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut. Tahniah untuk Ng Pei Kee yang berjaya mendapat 5A. Tahniah untuk semua bekas anak murid cikgu.
Mendapat keputusan ini, ada yang sedih dan ada yang gembira. Gembira kerana berjaya, gembira kerana mendapat keputusan cemerlang, gembira kerana mendapat keputusan lebih baik dari yang dijangka, gembira apabila keputusan lebih baik dari kawan sekelas, gembira kerana dapat buktikan kepada guru bahawa mereka boleh lulus, dan macam-macam jenis kegembiraan yang lain. Dan cikgu sangat gembira apabila pelajar menangis kerana mendapat keputusan cemerlang.
Ada yang bersedih. Terutamanya apabila mereka menjangkakan boleh dapat keputusan yang lebih baik. Mungkin target 2A dan 2 A-, tapi keputusan sebenar dapat 2A dan 2B. Cikgu doakan pelajar-pelajar ini memperoleh keputusan lebih cemerlang di universiti nanti.
Ada pula pelajar yang tak lulus tapi tak nampak sedih langsung. Cikgu benar-benar sedih melihat mereka. Dan cikgu juga sedih apabila pelajar-pelajar yang selalu tidak hadir, tapi hari ni boleh hadir untuk ambil keputuan yang sudah tentunya mengecewakan semua guru. Namun, cikgu tetap doakan agar mereka semua berjaya dalam kehidupan.
Wassalam.
Jumaat, 12 Februari 2010
Khamis, 11 Februari 2010
Pilihanraya MPP - kali pertama
Minggu in nampaknya satu minggu yang sibuk untuk semua guru dan pelajar tingkatan enam. Pada hari Isnin, telah diadakan penamaan calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Setelah tamat tempoh penamaan calon, maka senarai 20 calon yang layak bertanding telah dikeluarkan. Mereka adalah :
(sorry ya, nama tak dapat diletakkan)
Setiap calon telah diberikan tag yang perlu dipakai sepanjang 3 hari berkempen (selasa - khamis). Contoh tag :
Calon-calon boleh memasang poster di Blok F (blok tingkatan 6) dan boleh berkempen semasa rehat. Kempen perdana telah di adakan pada hari Khamis dimana setiap calon diberikan masa selama 10 minit untuk berucap/ berkempen dihadapan semua pelajar tingkatan enam atas dan juga guru-guru.
Pengundian diadakan pada pagi Jumaat di kantin sekolah.
Guru bertugas : Pn Noriza Awang dan Pn Siti Mariani
Pelajar menyemak nama masing-masing dan mendapatkan kertas undi . Jangan lupa kad pengenalan !!!
Begitu bersemangat sekali nak mengundi ya !
Barisan yang panjang. Namun semuanya berjalan lancar.
Pastikan tanda pangkah (X) ya .
Cikgu Hasni membantu pengundi memasukkan kertas undi ke dalam tong.
Lawatan Pengetua ke pusat mengundi.
Semak betul-betul, cikgu. Jangan si kembar tu bertukar mykad pula ya.
Pusat mengundi telah ditutup jam 9:30 pagi setelah kesemua pengundi berdaftar membuang undi masing-masing. Proses pengiraan undi dijalankan di dalam bilik kuliah. Calon telah hadir besama pencadang masing-masing . Setelah kiraan dijalankan, keputusan tidak rasmi telah diumumkan pada jam 11:45 oleh Tn Hj Kamaruddin, Penolong Kanan Ting 6 SMKTD. Keputusan rasmi akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi Isnin nanti.
Kita tunggu keputusannya !