Jumaat, 7 Oktober 2011

Koleksi Soalan Percubaan 2011

Salam.

Selepas sahaja selesai percubaan, pastinya semua guru dan pelajar juga sibuk mencari soalan-soalan percubaan dari sekolah/negeri lain. Terdapat banyak blog-blog yang menyediakan/ mengumpulkan soalan2 ini. Tapi kadangkala soalan-soalan ini susah nak print. Ada yang dalam bentuk adobe reader. Ada juga yang di scan dan kemudian di upload dalam internet. Masalahnya, soalan2 tersebut comot , kotor, dan penuh dengan contengan ( sebab di pinjam dari pelajar) .

Saya lebih suka kalau dapat dalam fail words. Lebih cantik dan terang. Oleh itu, saya berhajat untuk membuat koleksi untuk dikongsi bersama mulai tahun hadapan. Besarlah harapan saya agar guru-guru Pengajian Perniagaan di luar sana berkongsi soalan2 cikgu dengan saya. Tak kiralah soalan peringkat sekolah atau negeri. Terutamanya untuk guru-guru di Kedah, Penang, Johor, dan Terengganu. Sudi-sudilah hubungi saya.