Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Khamis, 26 April 2012

LATIHAN KEBAKARAN 2012

TARIKH :  24 APRIL 2012
HARI      : SELASA

Satu latihan kebakaran telah diadakan pada jam 9 pagi.  Sebaik siren dibunyikan, guru-guru serta pelajar-pelajar bergegas ke padang mengikut laluan kecemasan yang telah diwartakan. Teringat saya pada latihan yang diadakan tahun lalu, dimana saya tidak mendengar siren kecemasan kerana berada di dalam Bilik Kuliah.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir SMKTD dan Pasukan Bomba Dan Penyelamat daerah Banting. Semuga tahun hadapan kita dapat buat latihan yang lebih baik dan teratur.




Picu yang perlu ditarik sebelum nak guna.


i like. i like

 


                                                   Percubaan oleh Cikgu Aisyah






Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.

Sabtu, 21 April 2012

MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2011

 TARIKH  :  20 APRIL 2012
MASA      :  8:30 MALAM
TEMPAT  :  KEDIAMAN YBHG DATO SERI PADUKA DR HAJI SHAFIE B HJ MOHD SALEH

SALAM.

Pada malam ini, telah diadakan majlis kecemerlangan SPM 2011 bagi daerah Kuala Langat. Majlis adalah anjuran Yayasan Bestari. Seramai 127 pelajar cemerlang (mendapat 8A dan keatas) telah menerima sumbangan dari pihak penaja.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat. Sumbangan pihak tuan menghargai anak-anak kami amat kami hargai. Semuga ini membakar semangat pelajar-pelajar SPM tahun ini untuk berusaha agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang jua.

WASSALAM

Rabu, 18 April 2012

TAKLIMAT PENDEDAHAN SUKATAN PELAJARAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM SELANGOR

Jabatan Pelajaran Selangor mengadakan taklimat untuk semua guru Tingkatan Enam bagi memberi pendedahan terhadap sukatan STPM baharu yang akan mula digunakan bermula Jun 2012 ini.

Taklimat diadakan secara berperingkat mengikut kumpulan matapelajaran masing-masing dan diadakan di dua lokasi secara serentak iaitu di Hotel Crown, Klang dan Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang .

Berbagai perkara dikongsi, isu-isu dibincangkan, dan kemusykilan diutarakan. Semoga guru-guru lebih bersedia menghadapi kedatangan kumpulan pertama sistem penggal yang akan mendaftar 8 Mei nanti.

Selamat Maju Jaya

Sabtu, 14 April 2012

KURSUS/ TAKLIMAT PBS TINGKATAN ENAM

Alhamdulillah, pada hari ini 14 April 2012 telah diadakan taklimat untuk semua guru-guru Tingkatan Enam Daerah Kuala Langat .

Taklimat telah diadakan di Dewan Kuliah Anwar Ridhwan, Sek Men Keb Telok Datok . Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hjh Foziah Bt Hj Mohd Azahari, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat. Penceramah pada hari ini ialah Tn Hj Kamaruddin Osman, PK Ting 6 SMK Telok Datok dan En Mohd Nasir Yaacob, PK T6 SMKTPG.

Fokus taklimat pada hari ini ialah Sistem Penggal (menggantikan sistem Terminal) dan Pengurusan dan Pengendalian Berasaskan Sekolah (PBS). Berbagai ilmu telah diturunkan, banyak maklumat telah dikongsikan, pelbagai persoalan dapat dirungkaikan.

Semuga semua guru-guru Ting 6 daerah ini dapat memanfaatkan majlis perkongsian ilmu ini.

Selamat Berjaya .