Khamis, 9 Januari 2014

Keberkesanan dan kecekapan

Keberkesanan ialah melakukan sesuatu perkara/ tindakan   yang betul.
Kecekapan       ialah melakukan sesuatu perkara/ tindakan  dengan betul.

Bagaimana nak ingat supaya tak keliru? Senang aja.
                      
                     C  -->  dengan   (CD)  . Selepas C ialah D.   Cekap dengan.
                     Kalau dah ingat yang ini, maka kita mudah kaitkan berkesan --> yang.

Ingat !  CD  CD  CD  CD  CD

Tahniah. Anda berjaya mengaitkan kecekapan dengan betul. 

Teruskan usaha anda.


Jumaat, 3 Januari 2014

..... berjumpa lagi

Kring!!!! Kring !!!!!! Kring !!!!!

Januari datang kembali. Selamat kembali ke sekolah untuk semua pelajar-pelajar. Penggal 2 ini cikgu harap semua pelajar lebih bersungguh-sungguh dan berusaha sepenuhnya untuk mendapat A.  Ya, penggal 2 adalah peluang untuk mencapai kecemerlangan.
Ingat pesan cikgu :
1. Mulakan dari awal.
2. Fokus ketika belajar
3. Ulangkaji.  Jawab soalan-soalan yang diberikan. ( Buat sendiri, jgn salin dari kawan).

Mari kita sama-sama usaha agar di penggal 2 ini kita lebih fokus, lebih ceria, lebih gembira dan pastinya, lebih berjaya !