Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Khamis, 22 Oktober 2009

Pengajian Perniagaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya saya ingin membincangkan mengenai m/pelajaran P.Perniagaan (PP) Tingkatan Enam. Apabila bertemu rakan-rakan bukan guru atau rakan guru di sekolah yang tiada tingkatan enam, ramai yang tidak tahu mengenai m/pelajaran yang saya ajar. Adakah sama dengan ekonomi? Itulah persoalan mereka.

Pelajar tingkatan enam kemanusiaan boleh memilih untuk mengambil m/pelajaran ini, bergantung kepada pakej m/pelajaran yang disediakan oleh sekolah masing-masing. PP terdiri dari Kertas 1 (946/1) dan Kertas 2 (946/2). Kalau ekonomi, ada kertas makro dan mikro, perakaunan ada kertas kewangan dan costing, tapi PP hanya ada PP1 dan PP2 sahaja. Mungkin kalau ditukar namanya, lebih ramai pelajar berminat.

Semasa saya mula-mula mengajar Ting 6 (2002), murid saya seramai 80 orang dalam satu kelas. Kini, calon PP cuma seramai 46 orang sahaja, itu pun dari 4 kelas. Dulu saya mengajar dengan kaedah "chalk and talk", kini saya menggunakan LCD, menyediakan persembahan powepoint untuk setiap tajuk. Dengan calon yang semakin sedikit, guru yang semakin ramai dan berpengalaman, kelas yang semakin kecil, keputusan peperiksaan tidak meningkat. Kenapa ya? Sepatutnya kini dah boleh capai 100% namun saya sekadar menaruh harapan .......

Isnin 2 Nov (sambung lagi ...)

Pengajian Perniagaan Kertas 1 (PP1) mempunyai 4 bab, di mana Bab 3 merupakan bab wajib dijawab dlm peperiksaan. Bab 1- Perniagaan dan Persekitarannya, Bab 2- Fungsi Pengurusan, Bab 3- Fungsi Perniagaan, Bab 4 - Kemahiran Pengurusan. Pelajar-pelajar saya sukakan Bab 4, mungkin kerana ianya menandakan habisnya sukatan atau mungkin kerana isi kandungan bab itu sendiri di mana pelajar belajar mengenai ketegangan, punca-punca, cara mengatasi, dan juga kejayaan seimbang. Terdapat juga tajuk 7 tabii orang yang berjaya. Tahun depan, tajuk ni akan saya ajar awal supaya pelajar saya dapat aplikasikan dalam kehidupan harian mereka dan menjadi pelajar yang berjaya.

PP2 mempunyai 6 bab yang terdiri dari Keusahawanan (wajib), Perniagaan Antarabangsa, Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung, Komunikasi, Peraturan Dan Keperluan Perniagaan, dan Etika Dan Tanggungjawab Sosial. Pada saya, tajuk koperasi dan komunikasi merupakan tajuk yang mudah dan perlu menjadi pilihan pelajar untuk dijawab dalam peperiksaan.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu boleh kongsi nota powerpoint itu?

CikguLizaPP berkata...

Siapa ni ya?

haratie berkata...

assalamualaikum..sayapun cikgu pp..kat batu pahat..kalau boleh nak join untuk berkongsi idea

GA PP berkata...

salam cikgu..selain pwer point ada teknik lain tak ajar pp?

Tanpa Nama berkata...

cikgu, sy dah biase blaja ngn min map..ble xde mind map ase susah sgt nk study...cm ne ek..?

SS BIZ ENTERPIRSE berkata...

assalamualaikum cikgu liza..saya shahiffei daripada putrajaya..saya ambil stpm calon persendirian. salah satu mata pelajaran yg saya ambil ialah pengajian perniagaan..saya nak tanya...kalau jawab soalan dlm bentuk karangan ataupun boleh "point2" kan?