Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Rabu, 25 Mac 2009

Harga naik, harga turun

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian ,

Perubahan harga sentiasa saja berlaku. Ada yang naik harga, ada yang turun harga. Apakah yang menyebabkan keadaan ini?
Sebagaimana yang pelajar-pelajar ketahui, peniaga/ organisasi sentiasa melakukan perubahan harga. Ada yang memilih melakukan pemotongan harga dan ada yang memilih untuk menaikkan harga.

Pemotongan harga dilakukan apabila terdapat lebihan kapasiti pengeluaran (lambakan), syer pasaran menurun atau peniaga berniat untuk menaikkan/ menambahkan syer pasaran . Dengan harga yang lebih rendah, pastinya lebih ramai pembeli ! Kadangkala penjual memberi diskaun. Beli satu, dapat percuma 2 lagi !.

Menaikkan Harga dilakukan apabila inflasi berlaku, atau permintaan tinggi. Kadangkala kita tidak perasan peniaga menaikkan harga kerana mungkin mereka tidak menaikkan harga secara terbuka tetapi lebih kepada mengurangkan kualiti/ ciri-ciri, menukar pembungkusan dsb. Bukankah kuih muih semakin kecil sekarang? Yang harganya 50 sen satu pun masih lagi tidak mengenyangkan.

Jadi, kalau nak beli nasi lemak tu, selidik dulu ya. Jangan cari yang harganya paling murah, kerana balik rumah anda mungkin dapati bahawa anda dapat nasi semata-mata. Timun nampaknya kena tanam sendiri!

Tiada ulasan: