Masuk minggu ke-3 cuti sekolah hujung tahun. Best tak cuti sekolah? Kemana cuti ni?
Raya haji saya balik ke seremban. Ahadnya 29 nov, bawa anak-anak ke zoo ayer keroh, melaka. Mak, kakak dan family adik pun pergi sama. Dah lama betul tak jengok kaum kerabat kat zoo. Seronok betul mereka, terutamanya anak saya Humaira, yang berumur 3 1/2 tahun. Kenapa kaki gajah kena rantai? Kenapa binatang tu duduk diam aja? Kenapa itu? kenapa ini? Jawab je le mana yang mampu. Kalau tak tahu, saya cuma kata 'Dah memang macam tu'.
Tengahari kami makan bekalan yg dibawa. Pergi ramai-ramai ni mana boleh singgah restoren, kena budget kit. Kemudian kami ke Kamdar, dan kemudian Mydin Ayer Keroh. Beli pakaian dan keperluan sekolah anak-anak. Tak sempat singgah MITC, dengarnya ada expo kat sana.
Balik lepas maghrib, tak sangka jem teruk. Kita ni ikut je lah peraturan. Tak masuk lorong kecemasan. Tapi nampaknya orang yg langgar peraturan tu yg untung. Sampai cepat. Adik saya turun highway di Pedas, konon nak elak jem, tapi 2 x 5 je. Kami sampai rumah serentak. Kalau pergi ambil masa lebih kurang 1 jam, balik dahjadi 3 jam. Tapi saya tak nampak apa-apa yang menyebabkan jem. Saya bernasib baik juga sebab perjalanan saya cuma sampai tol senawang. Bagaimana dengan yang lain-lain? Tentu lebih penat dan lebih kecewa kan. Banyak juga kereta yang rosak.
Dah seminggu bercuti d seremban, kini saya kembali ke Banting. Bukannya apa, kena masuk markah PAT.
Hujung minggu ni saya akan ke seremban lagi. Isnin ada mesyuarat di Ayer Keroh. Harap tak jem nanti. Saya buat persediaan awal, bawa roti .....................
Wassalam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."
(Riwayat Tabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Isnin, 7 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan