Isnin yang lalu telah diumumkan kepada pelajar Ting 6 tentang pemakaian baju batik pada setiap Khamis. Pihak sekolah telah memilih baju dengan tanah putih dan corak berwarna hitam. Untuk pelajar lelaki, mereka boleh terus memesan baju kemeja mengikut saiz S,M,L, XL. Harga bagi sehelai kemeja adalah RM 80.00
Untuk pelajar perempuan pula, mereka boleh memesan kain mengikut ukuran yang dikehendaki. Biasanya, 2 meter diperlukan dan semeter berharga RM18. Pelajar perempuan perlu membuat baju kurung Johor dan dipakai bersama kain hitam.
Pembayaran dibuat melalui guru tingkatan.
Untuk pengawas dan MPPU, corak yang sama dikekalkan tetapi berwarna biru.
3 ulasan:
Gambar Baju Kurung perempuan xtunjukkan pun..
Sekolah Telok Datok da makin best la..Rase nak masuk belajar lagi kat sane..
Cikgu akan masukkan gambar gambar utk baju perempuan nanti. Tapi yg ni pun tak jadi sebab pihak sekolah dah jumpa yang lebih murah lagi.
Hello nak tanya ......baju batik yang dipaparkan tersebut harganya berapa ......boleh saya guna banking untuk buat pembayaran .....
Catat Ulasan