Hari : Sabtu
Tarikh : 6 Julai 2013
Kelab Koperasi telah menganjurkan lawatan ke cameron highland pada hari sabtu lepas (hujung minggu terakhir sebelum puasa tahun ini).
6:30 pg : Sampai di surau. Ramai nya orang. Bilik air 2 berkunci, 2 tersumbat, cuma tinggal 2 aja. Semua tak dapat mandi. Lepas solat subuh, terus cari sarapan.
8:10 pg : Perancangannya nak ke MARDI dulu, tapi diberitahu kat situ dah ramai org. Jadi, kami terus ke Rajuu strawberry. Kemudian jalan 2 kat pasar KEA Farm. Ramai yang membeli jagung disini.
Kaktus di Taman Rama-rama
9:30 : Bertolak ke Taman Rama-rama. Bayaran masuk dikenakan. Kat sini juga ada menjual pokok kaktus.
10:00 Bertolak ke MARDI. Tempat cantik. Memang ramai orang. Bayaran masuk RM 1.50 untuk pelajar dan RM3 untuk dewasa. Ada pokok anggur,epal, bunga rose, dll. Sehingga jam 11:30 aja tau !
Ladies shoes
Gambar pokok anggur, epal tak ada ye!
1:00 petang : Bertolak ke Bee Farm. Ladang lebah. Disini juga ada jual sayur2an, gula2, strawberry (all in one). Kemudian kami kena naik bas kecil untuk ke Ladang BOH. Jalannya sempit, berliku-liku. Ada kereta yg terpaksa reverse utk memberi laluan kpd bas.
Ini bas yang membawa kami ke Ladang teh BOH
Lawatan ke kilang BOH
RM5 tu untuk tengok-tengok aja tau. Kalau nak petik bunga atau strawberry, kena bayar lagi.
Begitulah lawatan sehari ke cameron highland. Terima kasih Koperasi SMK telok Datok !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan