Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Isnin, 31 Mei 2010

Peperiksaan ....... Dan cuti.....










Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan Enam Atas Prauniversiti TEDI telah bermula sejak 24 Mei yang lalu. Buat pertama kali, pelajar tingkatan enam menduduki peperiksaan di dewan SMKTD. Selalunya, dewan digunakan oleh pelajar tingkatan tiga dan lima. Mungkin kerana pelajar tahun ini tidak ramai (89 calon), maka kesemua pelajar enam atas ditempatkan di dewan.

Perkara ini sangat baik kerana ia dapat membangkitkan mood dan motivasi pelajar. Selamat Berjaya kepada pelajar Enam Atas 2010 !

Selepas ini, sekolah akan bercuti selama 2 minggu. Adalah diharapkan agar pelajar menggunakan peluang ini untuk mengulangkaji topik-topik yang mereka rasa masih lagi lemah dan belum dikuasai. Pastinya dengan PPT yang baru saja berlalu, pelajar tahu kelemahan masing-masing dan mengambil langkah proaktif untuk memajukan diri sendiri.

Selamat Bercuti.

Khamis, 20 Mei 2010

Guru Pembina Negara Bangsa


16 Mei - inilah tarikh keramat untuk semua guru di Malaysia kerana tarikh ini telah diwartakan sebagai Hari Guru. Apakah maknanya hari guru ini? Semua pelajar, guru, ibubapa, atau sesiapa sahaja mempunyai tanggapan yang berbeza.

Sebagai seorang guru, saya menantikan kehadiran tarikh ini. Tunggu hadiah dari pelajar? Tunggu ucapan dari rakan-rakan dan pelajar ? Tunggu pengumuman kenaikan gaji dari Menteri? Atau tunggu hari yang tak perlu masuk kelas dan mengajar? Entahlah. Nampaknya tiada pengumuman yang menggembirakan untuk guru-guru tahun ini (seperti juga tahun-tahun sebelum ini). Jadi nampaknya hari guru cuma hari yang syok sendiri aja.


Sambutan Hari Guru tahun ini diadakan pada Isnin,17Mei kerana 16 Mei jatuh pada hari Ahad. Temanya pula sama seperti tahun lepas, Guru Pembina Negara Bangsa.


Selepas pembacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran oleh guru bertugas, Tn Pengetua SMKTD telah menyampaikan amanatnya. Tn Pengetua juga telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan guru yang selama ini telah bersama-sama dan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang.

Tn Pengetua - Tn Hj Abdul Wahid Takat




Barisan guru SMKTD .



Barisan guru yang mengajar Tingkatan Enam
Perlawanan Petanque - salah satu permainan untuk guru-guru.


Jemputan khas Roy - menyampaikan empat buah lagu.


Selamat Menyambut Hari Guru 2010. Guru Pembina Negara Bangsa.