Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Isnin, 21 Disember 2009

Melaka bersejarah

As mentioned before, hari isnin saya ke ayer keroh, melaka. This is the first time saya drive ke melaka. Selalu nya saya cuma bawa kereta dari rumah ke banting (kerja), dan ke seremban (balik kampung lah!). Jadi memandu sendiri dan berseorangan ini kira hari yang bersejarah buat saya. Menggunakan pelan yang dikirim oleh ketua , saya berjaya sampai ke SMK Seri Kota, Ayer Keroh pada jam 7:30 pagi. Malangnya tempat mesyuarat di tukar ke High School Melaka. Tempat tu pun saya tak tahu. Ketua saya baik hati, dia tunggu saya di SMK Seri Kota dan saya mengikut keretanya dari belakang untuk ke High School. Rupanya sekolah itu terletak di tengah bandar. Berhampirannya terdapat sekolah St Xavier.
Semasa rehat tengahari, kami mendapat berita mengenai letupan yang berlaku di food court pusat beli belah jusco yang bakal dibuka beberapa hari lagi. Tempat itu pun tidak jauh dari tempat saya bermesyuarat. Habis mesyuarat, saya balik ke seremban. Thanks to Cikgu Murali dari KGV yang membenarkan saya follow dia untuk keluar dari bandar melaka.

Selasa: bertolak awal ke high school. Hajat hati nak siapkan kerja. Malangnya ada accident sebelum sampai tol ayer keroh. Jem teruk. Ada lori tangki terbakar, melintang jalan. Ada sebuah kereta lain juga yang saya nampak dah terbakar. Jadinya, cuma satu lorong shj yg dibuka untuk laluan. Memang bersejarah betul perjalnan saya ini. Dari ayer keroh ke high school, satu lagi hal. Harini saya pergi sendiri (konon dah terror lah!) Saya berpandukan peta (i really need the GPS, right? ) yg dilukiskan. Kalau semalam, saya ikut aja kereta depan, tak tahu apa ada sekeliling. Harini baru terkial-kial. Tup-tup saya sampai dataran pahlawan, kemudian hotel equatorial. Kenapa semalam saya tak nampak semua ni? Saya mula panik. Takut tersesat lebih jauh, saya bercadang nak park ke tepi dan hubungi ketua saya. Rupa-rupanya sebalik selekoh tu aja, saya dah sampai high school. Wah, bersejarah nya Melaka!!!!!

Sesuatu yang bersejarah pasti sukar untuk dilupakan.

****** High School merupakan sekolah tertua di Melaka, dan kedua tertua di Malaysia.

Isnin, 7 Disember 2009

Cuti cuti cuti

Masuk minggu ke-3 cuti sekolah hujung tahun. Best tak cuti sekolah? Kemana cuti ni?

Raya haji saya balik ke seremban. Ahadnya 29 nov, bawa anak-anak ke zoo ayer keroh, melaka. Mak, kakak dan family adik pun pergi sama. Dah lama betul tak jengok kaum kerabat kat zoo. Seronok betul mereka, terutamanya anak saya Humaira, yang berumur 3 1/2 tahun. Kenapa kaki gajah kena rantai? Kenapa binatang tu duduk diam aja? Kenapa itu? kenapa ini? Jawab je le mana yang mampu. Kalau tak tahu, saya cuma kata 'Dah memang macam tu'.

Tengahari kami makan bekalan yg dibawa. Pergi ramai-ramai ni mana boleh singgah restoren, kena budget kit. Kemudian kami ke Kamdar, dan kemudian Mydin Ayer Keroh. Beli pakaian dan keperluan sekolah anak-anak. Tak sempat singgah MITC, dengarnya ada expo kat sana.

Balik lepas maghrib, tak sangka jem teruk. Kita ni ikut je lah peraturan. Tak masuk lorong kecemasan. Tapi nampaknya orang yg langgar peraturan tu yg untung. Sampai cepat. Adik saya turun highway di Pedas, konon nak elak jem, tapi 2 x 5 je. Kami sampai rumah serentak. Kalau pergi ambil masa lebih kurang 1 jam, balik dahjadi 3 jam. Tapi saya tak nampak apa-apa yang menyebabkan jem. Saya bernasib baik juga sebab perjalanan saya cuma sampai tol senawang. Bagaimana dengan yang lain-lain? Tentu lebih penat dan lebih kecewa kan. Banyak juga kereta yang rosak.

Dah seminggu bercuti d seremban, kini saya kembali ke Banting. Bukannya apa, kena masuk markah PAT.

Hujung minggu ni saya akan ke seremban lagi. Isnin ada mesyuarat di Ayer Keroh. Harap tak jem nanti. Saya buat persediaan awal, bawa roti .....................

Wassalam.

Khamis, 26 November 2009

AidilAdha dan peperiksaan

Hari ini anak murid cikgu semua menghadapi peperiksaan. Cikgu berdoa agar semua murid dapat menjawab soalan dengan tenang DAN mendapat keputusan cemerlang. Habis exam harini, terus simpan semua kertas-kertas latihan yang bertimbun tu ya. Jangan tengok-tengok lagi. Bila dah habis exam STPM nanti, masukkan semua kertas-kertas dalam beg hitam, hantar recycle. Jangan bakar, anda akan menyumbang kepada pencemaran alam. Ingat pesan cikgu, JANGAN WARISKAN KEPADA SESIAPA KERTAS-KERTAS LATIHAN DAN NOTA KAMU.

eSOK HARIRAYA aIDILADHA OR HARIRAYA HAJI. Nampaknya pagi esok baru balik seremban. Dah mantai orang nogori harini. Esok nak korban lak. Nampaknya seminggu nanti makan daging lembu lah nampaknya. Tapi, daging merah ni tak boleh banyak kan. Kena kawal pengambilan terutamanya kepada mereka yang ada darah tinggi. Rasa-rasa cukuplah ya .......

Selamat Bercuti Dan Selamat Menyambut HariRaya AidilAdha. Jangan lupa korban, kita boleh berkorban, tapi jangan sampai jadi KORBAN JALANRAYA.

Berhati-hati semasa memandu.

Jumaat, 13 November 2009

Hampir siap

Dah lama juga tak cerita pasal bangunan baru sekolah ni. Nampaknya semakin rancak pembinaan bangunan. Semua barang-barang dibawa masuk separuh siap. Tak sangka tangga pun boleh pasang siap. Itulah dinamakan teknoogi.







Khamis, 12 November 2009

Hari Graduasi Tingkatan 6 Tahun 2009

Ucapan dari Tn Pengetua dan wakil pelajar




Buat pertama kalinya, telah diadakan hari graduasi khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Kepada pelajar cemerlang (CGPA 3.00) , tahniah cikgu ucapkan. Semuga semua peroleh CGPA 4.00 pada peperiksaan STPM nanti. Dan kepada yang lain, berusahalah lebih gigih agar kamu juga dapat menempatkan nama pada senarai pelajar cemerlang.
Antara pelajar cemerlang
Cenderahati kepada pelajar cemerlang
Pelajar-pelajar 6 Atas menerima cenderahati . Teruskan usaha agar hadiah tahun depan lebih besar lagi ya.
Cikgu pun dapat juga tau. Terima kasih ya.

Rabu, 11 November 2009

..... dan ianya pun bermula

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Pelajar-pelajar telah menduduki MUET sabtu lepas. Ini bermakna secara rasminya STPM 2009 telahpun bermula. Peperiksaan bertulis yang lain akan bermula minggu hadapan. Cikgu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua calon STPM, khasnya pejar-pelajar P.Perniagaan SMKTD. Cikgu mendoakan agar semua anak didik cikgu mencapai kejayaan cemerlang dan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Namun, tidak dinafikan masih ada sebilangan kecil pelajar yang masih lemah, belum mencapai tahap menguasai asas-asas PP. Pelajar-pelajar ini telah cikgu masukkan dalam senarai ICU . Cikgu berharap agar masa yang ada ini digunakan sepenuhnya. Walaupun singkat, masa yang ada itu kalau dimanfaatkan, pasti akan membuahkan hasil. Jangan putus harapan, cekalkan semangat. Pastikan kamu datang sekolah. Kalau tak datang, macamana cikgu nak tolong.
Ingat, masih ada yang sayang ..................

Isnin, 2 November 2009

Mahmeri Dan P.Carey

Sabtu lepas, aktiviti perkembangan staff merupakan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Mahmeri, di Pulau Carey, Kuala Langat. Setiap hari saya lalu persimpangan ke pulau ni, terdetik juga di hati bila nak kesana. Akhirnya sabtu lepas hasrat saya tercapai.


Suku kaum mahmeri asalnya merupakan orang sisik, iaitu kaum nelayan. Kini kebanyakan mereka bekeja di ladang sawit yang luas terbentang di pulau ini.

Kedatangan kami disambut dengan tarian sewang. Kemudian, pegawai JHEOA, En Helmi memberi penerangan mengenai suku kaum Mahmeri diikuti oleh Tok Batin Sidin. Sesi seterusnya adalah lawatan ke pusat kegiatan mereka.



Melawat bengkel kraftangan



Tak ketinggalan, kami juga belajar menganyam (ayaman???)
Yang cilik pun nak belajar ...

Makanan tengahari dihantar ke P.Carey oleh En Haris, pengusaha kantin SMKTD. Terima kasih .......

Selesai jamuan makan tengahari, kami bertolak pulang. Kami yang menaiki kereta telah singgah di ladang Sime Darby untuk melihat rumah-rumah tinggalan zaman British.

Peserta rombongan


Khamis, 22 Oktober 2009

Pengajian Perniagaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya saya ingin membincangkan mengenai m/pelajaran P.Perniagaan (PP) Tingkatan Enam. Apabila bertemu rakan-rakan bukan guru atau rakan guru di sekolah yang tiada tingkatan enam, ramai yang tidak tahu mengenai m/pelajaran yang saya ajar. Adakah sama dengan ekonomi? Itulah persoalan mereka.

Pelajar tingkatan enam kemanusiaan boleh memilih untuk mengambil m/pelajaran ini, bergantung kepada pakej m/pelajaran yang disediakan oleh sekolah masing-masing. PP terdiri dari Kertas 1 (946/1) dan Kertas 2 (946/2). Kalau ekonomi, ada kertas makro dan mikro, perakaunan ada kertas kewangan dan costing, tapi PP hanya ada PP1 dan PP2 sahaja. Mungkin kalau ditukar namanya, lebih ramai pelajar berminat.

Semasa saya mula-mula mengajar Ting 6 (2002), murid saya seramai 80 orang dalam satu kelas. Kini, calon PP cuma seramai 46 orang sahaja, itu pun dari 4 kelas. Dulu saya mengajar dengan kaedah "chalk and talk", kini saya menggunakan LCD, menyediakan persembahan powepoint untuk setiap tajuk. Dengan calon yang semakin sedikit, guru yang semakin ramai dan berpengalaman, kelas yang semakin kecil, keputusan peperiksaan tidak meningkat. Kenapa ya? Sepatutnya kini dah boleh capai 100% namun saya sekadar menaruh harapan .......

Isnin 2 Nov (sambung lagi ...)

Pengajian Perniagaan Kertas 1 (PP1) mempunyai 4 bab, di mana Bab 3 merupakan bab wajib dijawab dlm peperiksaan. Bab 1- Perniagaan dan Persekitarannya, Bab 2- Fungsi Pengurusan, Bab 3- Fungsi Perniagaan, Bab 4 - Kemahiran Pengurusan. Pelajar-pelajar saya sukakan Bab 4, mungkin kerana ianya menandakan habisnya sukatan atau mungkin kerana isi kandungan bab itu sendiri di mana pelajar belajar mengenai ketegangan, punca-punca, cara mengatasi, dan juga kejayaan seimbang. Terdapat juga tajuk 7 tabii orang yang berjaya. Tahun depan, tajuk ni akan saya ajar awal supaya pelajar saya dapat aplikasikan dalam kehidupan harian mereka dan menjadi pelajar yang berjaya.

PP2 mempunyai 6 bab yang terdiri dari Keusahawanan (wajib), Perniagaan Antarabangsa, Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung, Komunikasi, Peraturan Dan Keperluan Perniagaan, dan Etika Dan Tanggungjawab Sosial. Pada saya, tajuk koperasi dan komunikasi merupakan tajuk yang mudah dan perlu menjadi pilihan pelajar untuk dijawab dalam peperiksaan.


Khamis, 17 September 2009

Hari Raya


Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

kepada semua umat Islam yang merayakannya. Sepuluh jari disusun, ampun dan maaf dipohon terutamanya kepada semua rakan-rakan di SMKTD serta pelajar-pelajar cikgu. Terkasar bahasa, tersilap kata, terkurang ajar, terlebih marah, ternaik suara, atau apa sahaja yang mengecilkan hati selama ini. Maaf dzahir batin.

Ahad, 23 Ogos 2009

Puasa, Cuti, Merdeka

Alhamdulillah. Umat Islam di Malaysia telah mula berpuasa sejak Sabtu. Doa dan harapan saya agar Ramadhan tahun ini lebih baik, lebih banyak amalan dan ibadat, lebih meriah (tanpa mercun), dan lebih menginsafkan. Tahun ini saya berazam tak mahu pergi bazar Ramadhan.



Cuti sekolah bermula. Kebetulan pula bulan puasa bermula. Tak adalah pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Buka sekolah nanti dah 9 hari puasa, harap tak ada yang bagi alasan ya. Kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini, ambillah peluang cuti ini untuk menambah ilmu, membuat latihan sebanyak mungkin . Moga Allah memberkati usaha kita semua.




Sambutan kemerdekaan tahun ini nampaknya kurang meriah ya. Kenapa agaknya? Tak mungkin kerana H1N1 . Walaubagaimanapun, saya ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekan ke 52 kepada semua warga Malaysia, khasnya staff SMKTD.


**Gambar-gambar di ambil ketika Kelab Usahawan ke Tugu Negara sebelum meneruskan perjalanan ke Pesta Buku Antarabangsa.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Sabtu Dan Exam

Sabtu - 15 Ogos 2009
Hari ini merupakan hari persekolahan- ganti. Menggunakan jadual hari jumaat. Jadinya kelas hari ni sama dengan semalam. Yang bezanya...... jumlah murid. Nampaknya tak ramai yang datang. Tapi tak apalah, yang dah ada dalam kelas ni yang perlu di beri perhatian.

Ujian Bulanan
Isnin hingga Rabu ni ujian bulanan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 6 bawah. Selamat Berjaya cikgu ucapkan.

Juga kepada pelajar Tingkatan Tiga yang menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. Buatlah yang terbaik. Kamu adalah harapan ibubapa, guru/ sekolah, agama, negara, bangsa.

Rabu, 5 Ogos 2009

Minggu KoAkademik

Minggu Ko-Akademik yang dijadualkan bermula 17 Ogos dipercepatkan kepada 3 - 7 Ogos. Ini bagi memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk membuat ulangkaji (minggu 10 - 14 ogos) bagi Peperiksaan percubaan PMR dan Ujian bulanan untuk tingkatan 1,2, 4 dan 6 bawah yang akan berlangsung 17 - 21 Ogos nanti.

Upacara memotong reben dan melepaskan burung dalam Perasmian Minggu KoAkademik telah dilakukan oleh Tn Hj Abdul Wahid, Pengetua SMKTD. Aktiviti-aktiviti dihadkan sehingga jam 11:00 pagi sahaja dan pelajar rehat antara 11:00 sehingga 11:30 pagi.

Meriah sungguh gerai-gerai yang dibuka oleh pelajar-pelajar. Ada yang menjual aiskrim, jagung bakar, ikan bakar, ice blended, roti sausage dan berbagai-bagai lagi. Kelab Usahawan bimbingan saya dan cikgu azuriah pula menjual gula-gula kapas, jagung kukus, muffin, lollipop, coklat dan juga roti aiskrim. Nampaknya ramai pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan sekiranya bibit-bibit keusahawanan ini dipupuk, dibaja, dan dijaga, kita dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dalam tempoh terdekat ini.

Jumaat, 17 Julai 2009

Tukar lagi

Salam. harini saya tukar lagi background. OK ke? Sebenarnya saya tak tahu perlu guna 3column atau tak. Apa bezanya?

Rabu, 8 Julai 2009

Hari Paling Stress

Apa itu Stress atau Ketegangan ? Ketegangan ialah Tindak balas fisiologi dan emosi ke atas sesuatu perangsang/stimuli yang memberikan tuntutan-tuntutan (demands) fizikal atau psikologi ke atas seseorang individu.

Ketegangan ini dialami oleh semua orang, tanpa mengira peringkat umur. Cuma darjah ketegangan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Apakah hari paling stress/tegang pada anda semua? Apa hari paling stress untuk saya?

Mari kita lihat.
Isnin :
Saya tak stress pada hari isnin kerana ianya permulaan untuk satu-satu minggu. Selepas bercuti selama dua hari, maka saya rasa rindu untuk bertemu anak-anak murid dan rakan-rakan sekerja. Macam-macam saya rancang sepanjang cuti. Apa tajuk nak ajar, apa nakcakap, latihan nak beri, dsb. Tak ada "Monday Blues" untuk saya.

Selasa:
Saya ada 3 kelas, 6 waktu. Stress ke? Taklah. Inilah peluang saya untuk banyak bercakap harini. Maklumlah, sebagai guru, kita ni dibayar untuk bercakap (ala, macam juruhebah radio tu). Ini peluang saya untuk berjumpa dengan ramai anak murid. Ini peluang saya untuk memberi banyak latihan harini.

Rabu:
Pertengahan minggu. Kelas tak banyak. Bila tiba hari rabu, kita akan rasa yang minggu ni cepat aja berlalu. Saya tak stress harini. Anak-anak murid ramai yang pakai uniform persatuan. Ada yang macam nurse, ada yang kelihatan betul-betul macam polis. OK datuk! Saman aja cikgu-cikgu yang salah parking tu.

Khamis:
Hari paling best. Ada 1 aja kelas, mana boleh stress. Saya sampai tak cukup masa nak bercakap dalam kelas sebab ini saja peluang saya harini. Habis kelas, saya ada banyak masa untuk semak latihan anak murid. Bestnya hari ni!!!

Jumaat:
Apa? Dah hari jumaat? Cepatnya. Harini saya sangat teruja nak jumpa anak murid. Maklumlah, ini peluang saya untuk beri tugasan. Supaya cuti hujung minggu mereka terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Supaya anak-anak murid saya tidak membazirkan masa mereka. Walaupun ada 6 masa sederet, saya tak stress harini. Saya akan rindu anak-anak murid saya. 2 hari tak jumpa nanti.

Sabtu dan Ahad:
Mana boleh stress ! Saya boleh tidur baring, pergi shopping, masak, balik kampung, cuti-cuti Malaysia, perkembangan staff, tengok anak buat latihan, main game dengan anak-anak, atau apa aja. Saya boleh rancang apa latihan nak beri anak murid minggu depan. Membayangkan anak murid tengah buat latihan yg dibekalkan dan kemudian mengadap komputer dan baca blog saya. Bestnya hujung minggu. Dan saya rindu nak jumpa anak-anak murid saya. Tak sabar-sabar nak beri latihan, nak bercakap dalam kelas. Cepatlah hari Isnin!

Terima kasih pada keluarga, rakan-rakan dan anak murid semua kerana menjadikan hari yang saya lalu indah dan bermakna.
Pen merah pen biru,
Jangan marah i luv u.

Khamis, 25 Jun 2009

MagCover


Belajar sesuatu yang baru harini.


Saya suka buka blog, sebab saya dapat belajar banyak benda dari kawan-kawan. Mungkin pada orang lain semuan biasa ja dan mereka semua dah tahu, tapi saya ni yang masih merangkak kenalah belajar banyak benda.




Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Selasa, 23 Jun 2009

Perancangan....A, A, A,A

Apakah maksud perancangan?
Perancangan adalah satu proses dimana kita/ seseorang menentukan matlamat dan kemudian memutuskan tindakan yang paling sesuai untuk mencapai matlamat dengan disokong oleh sumber-sumber yang ada.
Contohnya: Matlamat saya adalah semua pelajar tingkatan enam bawah lulus dalam peperiksaan akhir tahun. Apakah sumber-sumber yang ada ?
1.SMKTD mempunyai 3 orang guru PP berkemahiran yang mengajar tingkatan enam bawah.
2.Panitia mempunyai kewangan yang boleh digunakan untuk membeli buku latihan atau mencetak lembaran kerja.
3.Pelajar-pelajar 6b adalah pelajar yang rajin dan komited dan sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku.

Maka, apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut? Sewajarnya tindakan yang sesuai adalah :
1. Memberi pelajar-pelajar 6b sebanyak mungkin latihan supaya mereka dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar.
2.Menyuruh pelajar 6b membeli buku latihan dan rujukan.
3.Mengenalpasti pelajar lemah dan memberi bimbingan/dorongan/ latihan tambahan.

Ya, itulah yang akan cikgu lakukan untuk pelajar 6bawah tahun ini.

Bagaimana dengan pelajar-pelajar 6Atas sekalian ? Apakah matlamat kamu?
Semasa di tingkatan enam bawah, semua pelajar telah menetapkan matlamat untuk mencapai A bagi Pengajian Perniagaan dalam STPM 2009 .
Matlamat tersebut telah menepati ciri-ciri matlamat yang baik iaitu Spesifik, Boleh diukur, boleh dicapai, Realistik dan mempunyai tempoh masa (SMART). Pelajar-pelajar juga telah menyenaraikan tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Antara yang boleh cikgu ingat adalah ;
1. Membuat sendiri latihan yang diberi oleh guru (bukan menyalin jawapan kawan-kawan) .
2. Membuat latihan tambahan sendiri dirumah.
3. Rajin/Selalu membaca buku rujukan
4. Rajin bertanya kepada guru.
5. Datang sekolah.
Adakah kamu semua telah menghampiri matlamat tersebut pada peperiksaan pertengahan tahun yang lalu? Berdasarkan keputusan PPT, hanya 10% pelajar lulus peperiksaan. Dimanakah silapnya?

Pada pandangan cikgu, pelajar-pelajar tidak mendalami matlamat yang telah dibuat/ ditentukan. Ini bererti, pelajar-pelajar tidak mengikuti / menjalankan apa yang telah dijanjikan. Perancangan yang sepatutnya menjadi satu alat kawalan terhadap tingkahlaku pelajar, tidak bererti lagi. Sekiranya pelajar-pelajar sentiasa mengingati matlamat yang telah ditentukan, sudah semestinya pelajar-pelajar akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada. Kerja-kerja disiapkan tepat pada waktunya, free period pada hari Selasa dan Rabu diisi dengan kerja-kerja yang bermanfaat.
Apa yang cikgu lihat adalah, pelajar-pelajar masih leka dan tidak fokus terhadap pelajaran. Kerja-kerja tidak dibuat dan sering memberikan alasan yang bermacam-macam.

Cikgu harap pelajar-pelajar akan lebih berusaha selepas ini. Peperiksaan kian hampir .

Those who fail to plan are planning to fail.

Isnin, 15 Jun 2009

Habis dah .......

Salam.
Bermula lah penggal baru kita harini. Saya berdoa agar penggal ini lebih baik dari yang dulu. Semuga saya lebih rajin, lebih berdedikasi dan komited, lebih tenang, lebih sabar dengan kerenah murid. Semuga murid-murid saya lebih rajin, lebih mudah memahami pelajaran, dan lebih berusaha, maklumlah peperikaan hampir tiba.

Cuti dah habis ni, bagaimana dengan apa yang dirancang sebelum cuti dulu. Adakah semua telah terlaksana? Percutian saya ke Tasik Kenyir menggembirakan. Seramai 20 orang dalam rombongan ke Tasik Kenyir. Saya, suami dan 4 orang anak, Kakak sulung bersama suami dan 4 anak, emak, angah, abang dan isteri, adik perempuan dan 2 anak, dan seorang kawan anak saudara. (14 dewasa + 6 kanak-kanak)

Cuti dah habis, duit pun dah habis. Gaji lambat lagi. AAAArrrrrgghhhhhhhhhh ..........

*Gambar-gambar tidak dapat dimasukkan kerana ada masalah teknikal.

Isnin, 8 Jun 2009

Cuti ............ cuti ...........cuti

Salam. Cuti dah masuk minggu kedua. Seronok ke ? Boleh lah ya, namun masih banyak lagi yang belum settle. Harap semua dapat diselesaikan sebelum khamis. Jumaat hingga Ahad, akan ke Tasik Kenyir.

Baru habis menanda semua kertas pelajar. Kalau dulu sebelum cuti dah selesai. Kali ni agak lambat sikit. Kepada semua anak murid cikgu, tolong buat pembetulan. Jawapan kamu semua amat mengecewakan cikgu. Ingat lagi apa target kamu? Cikgu rasa kamu tidak berusaha untuk mencapai target tersebut. Gunakanlah masa cuti ini untuk menambah ilmu, menyiapkan tugasan-tugasan tertunggak.

Kita jumpa Isnin nanti.

Selasa, 26 Mei 2009

Datang lagi .......






Kalau haritu rasa bergegar bila jengkaut tu masuk, hari ni lebih teruk lagi. Masuk pula steamroll. Dari kecil saya panggil steamroll, kini saya terfikir pula apanya yang steam tu. Steamroll dtg harini utk meratakan batu jln yg dilambakkan semalam untuk membuat laluan. Sakit telinga, sakit mata, dan ramai yang mengadu sakit kepala.
Nampaknya kita semua terpaksa bertahan demi sebuah bangunan baru 4 tingkat yang pastinya akan memberi lebih keselesaan kepada kita semua. Saya berharap agar kerja-kerja piling dilakukan semasa cuti sekolah nanti. Tren sekarang nampaknya kerja-kerja giat dilakukan diwaktu pagi. Petang kurang aktiviti. Jangan mereka pun sama cuti minggu depan, sudahlah.

Isnin, 25 Mei 2009

Buah pertama






"Buah apa tu, bu? " tanya Maisara anak saya yang berusia 11 tahun. Saya tak pandang pun, dan malas nak jawab sebab atas pokok mangga mestilah buah mangga. Pohon mangga dihadapan rumah itu tengah berbuah. Taklah lebat, tapi cukuplah untuk kami dan jiran-jiran merasa. "Buah Markisa. Ibu pandai tanam je, bukan nak jaga" jawab suami saya.

Markisa. Pernah dengar nama tu, tapi tak pernah tengok macamana rupa buahnya dan tak tahu rasanya. Masa Cikgu Kahlah bawa anak pokok markisa, saya ambil dan tanam sepokok sebab nak tahu. Dah lama juga saya tanam, habis melilit semua pokok-pokok saya kat rumah tu. Yang panjat pokok bunga raya, pokok bunga kertas, panjat tiang letrik pun ada (sorry, TNB). Cikgu Kahlah selalu cerita pokok markisa di rumahnya. Haritu buahnya ada 27 biji. Bila pokok yang saya tanam nak berbuah? Tak de rezeki nampaknya. Tapi bila suami sebut buah markisa, terkejut betul saya.

Setelah saya perhati betul-betul, rupanya ada sebiji buah markisa yang tersesat atas pokok mangga. Buah ni sekarang berwarna hijau, dan cikgu Kahlah kata saya perlu tunggu hingga buah tu warna purple, baru boleh ambil. Tak sabar rasanya nak merasa buah markisa pertama saya.

Catatan: Tajuk ini saya dapat dari ceramah Dr Ghazali. Dr ada menlis cerpen dengan tajuk ini. Terima Kasih Dr.

Kreatif ?

Sabtu : Perkembangan staff dengan tajuk Penulisan Kreatif / Artikel dan Post Mortem

Slot 1 telah diberikan oleh Dr Ghazali Lateh, seorang guru di SMKTD yang telah banyak menulis novel, cerpen, puisi dan juga buku teks/ rujukan. Mendengar cerita dari Dr, menulis ni seolah-olah mudah, menyeronokkan dan boleh menjadi satu punca pendapatan. Tapi tentulah ianya memakan masa yang panjang dan perlukan usaha gigih dan komitmen yang jitu. Saya pun jadi bersemangat untuk menulis. Tapi, nak menulis blog ni pun dah pening nak susun ayat, macamana ya? Nampaknya saya tak kreatif, dan cepat mengalah. Tak de le RM, RM, RM, RM .........................................

Saya teringat cerita yang saya baca mengenai A Samad Said. Keluhannya bagaimana sukarnya untuk mendapat royalti hasil terbitan karya-karyanya. Mungkin sebab Dr Ghazali tidak bergantung 100% kepada hasil penulisan, maka pembayaran royalti merupakan satu bonus yang amat istimewa.

Terima kasih Dr. Semuga segala sumbangan Dr di sekolah, dan bidang penulisan akan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Teruskan usaha.

Khamis, 21 Mei 2009

Cam ni ke ?

Dari blog Cikgu Liza KHB, saya dapat ciri-ciri orang yang lahir pada bulan April. Betul ke saya macam ni?????

APRIL

• sgt aktif dan dinamik

• cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

• sgt menarik dan pandai manjakan diri

• punya daya mental yg sangat kuat

• suka diberi perhatian

• sgt diplomatik (pandai memujuk )

.berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org

• sgt berani dan tiada perasaan takut

• suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah

• emosi cepat terusik

• try control the emotion

• kecenderungan bersifat dendam

• agresif, kelam kabut utk membuat keputusan

• kuat daya ingatan

• gerak hati yg sangat kuat

• pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain

• berpenyakit disekitar kepala dan dada

• sgt cemburu dan terlalu cemburu

Ha ha ha. Part yang kelam kabut tu betul kot !!!!!

Rabu, 20 Mei 2009

Selamat Datang

Selamat Datang ke SMKTD cikgu ucapkan kepada pelajar-pelajar ting 6 bawah. Nampaknya tak ramai yang mendaftar tahun ni. Cikgu pernah ada anak murid seramai 80 orang ntuk satu kelas pada 2002. Sekarang bilangan pelajar dalam kelas semakin kecil. Dengan tumpuan yang lebih, dan dengan segala kemudahan yang ada, adalah diharapkan pencapaian pelajar-pelajar lebih baik dari tahun-tahun lalu. Terima kasih kepada Cikgu Faizah yang teleh memberi penerangan mengenai Pengajian Perniagaan kepada pelajar-pelajar 6 Bawah.

Exam Form 6

Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan 6 Atas bermula Selasa 19 mei 2009. Selamat Berjaya cikgu ucapkan kepada semua pelajar 6 Atas terutamanya anak-anak cikgu d 6A1. Jaga kesihatan, pastikan datang setiap hari. Peperiksaan ini menguji kefahaman dan persediaan kamu untuk STPM nanti. Tak lama je lagi ya. Berusahalah untuk berjaya.

Selamat Hari Guru 2009


Salam. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru , terutamanya rakan-rakan d SMKTD. Tak sempat nak update blog 2 hari ni sebab sibuk dengan entah apa-apa.
Sambutan hari guru peringkat sekolah agak meriah juga walaupun kita tak ada dewan dan kawasan sekolah penuh dengan aktiviti-aktiviti pembinaan dan baikpulih. Kepada rakan-rakan yang menang acara pada hari Isnin, tahniah diucapkan. Saya hanya masuk acara Explorace je. Alhamdulillah kumpulan 5 menang tempat pertama untuk acara ni.

Jamuan makan tengahari sangatlah memuaskan. Banyak sangat lauk. Jadinya saya cuma ambil ikan bakar. Tak cukup perut nak makan ayam goreng dan daging. Tapi sebab dah dapat bekas makanan untuk hadiah Explorace, apa lagi, saya tapau lah lauk daging. Petang makan lagi kat rumah. Alhamdulillah. Rezeki jangan tolak ya.

Isnin, 11 Mei 2009

Jengkaut dan Exam

Harini jengkaut tiba. Maknanya dah nak mula lah kerja-kerja merobohkan bangunan. Ngeri gak tengok lori besar dan panjang tu datang tadi. Sebab lambat, harini saya parking kat koperasi je. Selalu tu tak de pun lori nak keluar masuk. Kenapa la harini ya.

Hari ni juga Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula dengan kertas B.Cina dan B.Tamil untuk Ting 4. Ting 5 akan mula esok, T6 atas akan mula 18 Mei nanti. Ting 3 lambat lagi ye. Boleh nyanyi-nyanyi dulu. Harap-harap takde gangguan masa exam ni. Robohkan lah bangunan tu musim cuti nanti ya.

Selasa, 5 Mei 2009

TAEKWANDO

Sabtu : Kejohanan Taekwando MSSD diadakan di SAMTAR

Ramai juga yang ambil bahagian. Ayu dari SMK Bandar Banting mendapat giliran terakhir, no 88. Kemeriahan bertukar menjadi kesedihan apabila Ayu pengsan dan terpaksa dihantar ke Hospital Banting . Selepas 2X x-ray, akhirnya Ayu dibenarkan pulang jam 2 pagi. Alhamdulillah, tiada tulang yang patah.

Maisara dapat pingat Perak. Tahniah kepada semua pemenang.


Ahad : Family Day di Bagan Lalang

Disebabkan selalu menghantar anak-anak menyertai latihan/pertandingan taekwando, maka hubungan antara penjaga-penjaga menjadi akrab. Walaupun kami semua dari tempat yang berbeza seperti dari Bukit Changgang,Jugra, Kanchong, dan saya sendiri dari Telok, kami dah jadi satu family besar. Maka Ahad lepas telah diadakan Family Day untuk keluarga Taekwando Kuala Langat. Walaupun tak ramai yang dapat hadirkan diri, meriah jugalah. Banyak games diadakan seperti tiup belon, anyam ketupat, makan kek. Saya sendiri masuk pertandingan siapa cepat habiskan sebotol air mineral 500ml. Lepas tu kena lari lak! Mana larat. Terima kasih kepada semua kawan-kawan dan jurulatih-jurulatih taekwando k.langat.

Petang ada game bowling dengan cikgu Faizah dan ex-6 atas 08. Bestnya weekend saya !!!!

Kursus

SEMINAR KESIHATAN DAN KETRAMPILAN DIRI

Ha. Tu dia. Tajuk seminar yang Kak Mai dan saya hadiri dari petang semalam sehingga tengahari tadi. Saya dah berangan-angan, lepas seminar ni mesti saya lebih anggun, menarik dan terampil. Ha ha ha !!!!
Gini lah. Petang semalam selepas perasmian, ada pemeriksaan payudaya untuk mengesan apa-apa benjolan yang tak patut ada. Malam ada ceramah mengenai kanser payudara. Mak ooooiii! Ngerinya tengok semua gambar-gambar tu. Harap kita semua dijauhkan dari penyakit-penyakit sebegitu.

Pagi tadi ceramah protokol dan etika. Teringat Miza dan Liza Jais. Lepas tu ceramah Kemahiran Komunikasi dan Ketegangan . Part ni mesti kita dah arif sangat kan, Faizah, K.Ja dan Nani?

Tak banyak sentuh pasal ketrampilan diri. Sebab tu, habis sesi , kak mai dan saya beri komen bertulis (orang tak tanya pun, kitorang saja je). Maklumlah dah biasa beri komen bila ada kursus/ ceramah. Sukarela je saya komen panjang-panjang. (Boleh masuk rekod peribadi ni).

Ada orang jual kerepek. Ingat nak tengok-tengok je. Tapi tak sangka lak yg jual tu ex-student. Bila dah di tegur, terus ambil 4 bungkus. Buat ole-ole untuk anak-anak.....

Isnin, 4 Mei 2009

3.3 KEWANGAN

3.3.2 Penyata Kewangan - terdiri dari penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran dana

i. Penyata Pendapatan – menunjukkan hasil dan belanja, untung dan rugi
1. Hasil /Pendapatan
• Hasil operasi perniagaan, sewa, komisen
2. Belanja
• Bel. Pentadbiran, Pemasaran, Kewangan
• Kos bhn mentah, Kos kilang
3. Untung dan Rugi
• Untung kasar dan untung bersih
• Untung/rugi = hasil - belanja

ii. Kunci Kira-kira – menunjukkan aset, liabiliti, ekuiti pemilik pada satu tarikh tertentu
Komponen :
1. Aset
2. Liabiliti
3. Ekuiti/Modal


Perbezaan Aset Tetap dan Aset Semasa:
Aset Semasa Dimensi Aset Tetap
J/masa pendek Tempoh kegunaan J/masa panjang
Tiada Susutnilai Ada
Modal kerja Tujuan Pelaburan modal


iii. Penyata Aliran Dana - menunjukkan bagaimana dana diperoleh dan bagaimana dana digunakan
a) perubahan kedudukan kewangan pada 2 titik masa iaiu melaporkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi suatu tempoh kewangan
b) tujuan :
c) mengetahui aliran keluar dan masuk dana dalam perniagaan
d) mengkaji bagaimana sumber-sumber dana digunakan/ membuat analisis tentang punca-punca dana yang digunakan
e) menunjukkan kesan pengeluaran dana syarikat keatas modal kerja
f) sebagai asas perancangan penggunaan dana/sumber pada tempoh akan datang
g) mengawal kecairan sykt, penyediaan bergantung kepada keperluan
Kegunaan penyata kewangan :

Pengguna/ Pihak yg berminat dgn penyata kewangan Kegunaan
1. Pemilik/ Pelabur/ Pemegang saham/ Pemodal Mengetahui prestasi dan pencapaian sykt bagi menentukan boleh/ perlu/ terus melabur atau tidak dan jmlh pelaburan yg boleh dibuat
Pastikan wang yang dilabur dapat pulangan max/ memuaskan

2. Pembekal/ Vendor, Pemiutang
Menilai bhn/ bekalan boleh diberi kelonggaran bayaran ansuran/ kredit dan tempohnya


3.Pihak Pengurusan, J/Odit Dlman, ALP
Menilai prestasi sykt dan prestasi mereka sendiri dlm menguruskan sykt
Alat kawalan dalaman
Panduan utk merancang sumber kew akan dtang
Asas dlm pemberian bonus, kenaikan gaji


4.Pembiaya/ Bank/ Sykt Kew
Menentukan jumlah kredit/ pembiayaan yang boleh diberi

5. Agensi/ Kjaan / ROC, LHDN Menentukan jmlh cukai yg perlu dibayar

6. Kesatuan Sekerja, Pekerja Melihat sama ada sykt dapat untung banyak atau tidak asas tuntutan bonus, kenaikan gaji
Berasa selamat dengan kedudukan kew sykt

7. Pesaing Menentukan strategi pemasaran seperti penurunan harga, promosi dsb

Khamis, 2 April 2009

Rabu, 25 Mac 2009

Harga naik, harga turun

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian ,

Perubahan harga sentiasa saja berlaku. Ada yang naik harga, ada yang turun harga. Apakah yang menyebabkan keadaan ini?
Sebagaimana yang pelajar-pelajar ketahui, peniaga/ organisasi sentiasa melakukan perubahan harga. Ada yang memilih melakukan pemotongan harga dan ada yang memilih untuk menaikkan harga.

Pemotongan harga dilakukan apabila terdapat lebihan kapasiti pengeluaran (lambakan), syer pasaran menurun atau peniaga berniat untuk menaikkan/ menambahkan syer pasaran . Dengan harga yang lebih rendah, pastinya lebih ramai pembeli ! Kadangkala penjual memberi diskaun. Beli satu, dapat percuma 2 lagi !.

Menaikkan Harga dilakukan apabila inflasi berlaku, atau permintaan tinggi. Kadangkala kita tidak perasan peniaga menaikkan harga kerana mungkin mereka tidak menaikkan harga secara terbuka tetapi lebih kepada mengurangkan kualiti/ ciri-ciri, menukar pembungkusan dsb. Bukankah kuih muih semakin kecil sekarang? Yang harganya 50 sen satu pun masih lagi tidak mengenyangkan.

Jadi, kalau nak beli nasi lemak tu, selidik dulu ya. Jangan cari yang harganya paling murah, kerana balik rumah anda mungkin dapati bahawa anda dapat nasi semata-mata. Timun nampaknya kena tanam sendiri!

Definisi 4P

Produk:

Sesuatu barang, perkhidmatan, organisasi, idea, tempat yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian, milikan, atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.

Harga :

Jumlah nilai yang pengguna tukarkan bagi faedah yang diperolehi hasil penggunaan barang-barang dan perkhidmatan.

Promosi:

Komunikasi yang digunakan oleh pemasar memberitahu, menggalak, dan meyakinkan pembeli/ pelanggan supaya mencuba dan membeli keluaran yang ada di pasaran.

Pengedaran:

Aktiviti memindahkan produk daripada pengeluar kepada pengguna/ pembeli.

Rabu, 11 Mac 2009

Jenis-jenis kemahiran

Keputusan STPM

Keputusan STPM dah keluar semalam. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana peningkatan peratus lulus, sorang aja yang gagal kan. Moga tahun depan kita dapat tengok keputusan yang lebih baik. Alhamdulillah, PP pun meningkat tahun ni kepada 93.3%. Tahniah dan terima kasih untuk Cikgu Faizah dan Cikgu NikHanani. Pelajar kita tahun ni, macamana, ya Cikgu Jaaronah. Calon semakin kurang (46 je kan). Boleh maintain ke ni???????

Khamis, 5 Mac 2009

Jenis-jenis Kemahiran

























  1. Apakah maksud kemahiran? Pelajar-pelajar perlu tahu definisi setiap jenis kemahiran, serta darjah kepentingannya kepada tahap pengurusan.



Selasa, 3 Mac 2009

Masihkah kau ingat?

Apa itu pemasaran? Pemasaran adalah aktiviti menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna tepat pada masa, tempat, kuantiti dan harga (dengan menggunakan campuran pemasaran yang sesuai.

Kita juga telah mempelajari aktiviti-aktiviti pemasaran yang terdiri dari pembelian, penjualan, pengangkutan, penstoran, pembiayaan, penggredan dan pemiawaian, pengambilan risiko, pengumpulan data, penjenamaan, dan juga penglabelan. Cikgu harap pelajar-pelajar dapat menjelaskan setiap aktiviti tersebut.

Juga jangan lupa kepada konsep asas pemasaran yang terdiri dari keperluan, kehendak, permintaan, produk, pertukaran, pasaran, transaksi, dan juga nilai.

Rabu, 11 Februari 2009

Blog dan Facebook

Salam.
Nampaknya dah senyap hal blog kat sekolah ni. Namun masih ada beberapa yang masih aktif dan sentiasa di update. Tahniah diucapkan. Saya pun dah tak tahu apa lagi nak dimasukkan.

Sekarang ni belajar buat facebook lak. Apa bezanya? Melalui facebook ni, saya jumpa kembali kawan2 lama yg memang dah berpuluh tahun tak jumpa. Thanks pd Kak Mai yg forwardkan saya the dark side of facebook ni. Ya lah, kita memang sentiasa perlu berhati-hati. Nampaknya kat sekolah ni ada juga yg aktif updatekan FB masing-masing. To Naza, congratulations. Bila g Singapura tu? To Siti Payung, nampaknya dah lama tak masukkan apa-apa ya. Rajin-rajinlah sikit.

Selasa, 20 Januari 2009

Selamat Tahun Baru




Selamat Tahun Baru di ucapkan kepada semua warga SMKTD yang berketurunan Cina. Nampaknya kita akan bercuti selama seminggu. Cikgu dah beri tugasan jadi murid-murid semua rajin-rajin lah ulangkaji dan manfaatkan cuti ini ya.




Rabu, 14 Januari 2009

PENINGNYA !!!!!!!!

Salam.
Minggu ni adalah minggu meeting. Khamis lepas Mesy Kurikulum. Sambung isnin Kokurikulum, Selasa Mesyuarat Bidang, Rabu Mesy Kelab Guru, Khamis HEM. Tambah lagi latihan sukan mula minggu ni. Busy nya.

Ni tengah fikir, nak terus dengan kwsp atau tukar ke pencen. Dua-dua ada kebaikan dan kelemahannya kan. Nak nampak kaya, bolehlah ambil kwsp. Takut terkejut dgn duit yg byk sekaligus, ambil pencen. Entah lah. Esok nak kena sain borang kalau pilih pencen. Semuga Tuhan memberi petunjuk.

Isnin, 5 Januari 2009

Salam Persekolahan 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dapat kita bersua kembali di tahun 2009 ini. Dah lama tak jumpa, banyak ceita nak dikongsi bersama teman-teman. Kalau takde kelas harini, nampaknya kita berborak panjang lah ya. Sambil minum di kantin, cerita sebulan cuti ni boleh lah kongsi.

Dapat beg nampaknya cikgu-cikgu kita ya. Ada buku rekod, marker, jadual, pen. Beg saya tak ada buku nota kecil, kira ok lah tu. Terima kasih kepada pihak yang sponsor beg ni.

Pelajar-pelajat tingkatan empat ada ceramah di dewan dan kemudian pilih kelas. Selamat berjaya. Untuk pelajar-pelajar cikgu di enam atas, selamat kembali ke sekolah. Sila buat persediaan sebelum masuk kelas.

Jumpa di kelas nanti