Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Sabtu, 23 Oktober 2010

Kursus Keterampilan Bertutur









Pada 12 Oktober 2010, telah diadakan Kursus Keterampilan Bertutur anjuran bersama Koperasi SMKTD dan ANGKASA. Seramai 34 pelajar dari kelas 6A1, 6B1, dan 6B2 telah menyertai kursus ini.





Peserta-peserta kursus


Kursus disampaikan oleh En Hazim dari ANGKASA.
Pelajar-pelajar telah didedahkan cara mendengar yang berkesan, gaya bahasa badan, dan bagaimana mengatasi gangguan dalam komunikasi.

En Hazim menunjukkan jarak yang sesua semasa berkomuikasi


En Hazim : Masa berucap jangan peluk tubuh ya.





Smasa bengkel, pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan diberi tajuk untuk dibahaskan.




Peserta-peserta membentangkan hujah masing-masing

Selasa, 6 Julai 2010

Teringin ................

Salam 1 Malaysia.
Memang dah lama tak update blog ni. Ada banyak cerita nak tulis, macam-macam gambar nak masukkan. Tapi semuanya tak jadi. Sejak cuti sekolah awal Jun lalu, komputer ni meragam. Tu yang jadi penyebab malas nak buka komputer. Asyik berkelip2 je. Macam lampu kalimantang tu. Tengok tu, dah mula dah. Bye.

Isnin, 31 Mei 2010

Peperiksaan ....... Dan cuti.....










Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk Tingkatan Enam Atas Prauniversiti TEDI telah bermula sejak 24 Mei yang lalu. Buat pertama kali, pelajar tingkatan enam menduduki peperiksaan di dewan SMKTD. Selalunya, dewan digunakan oleh pelajar tingkatan tiga dan lima. Mungkin kerana pelajar tahun ini tidak ramai (89 calon), maka kesemua pelajar enam atas ditempatkan di dewan.

Perkara ini sangat baik kerana ia dapat membangkitkan mood dan motivasi pelajar. Selamat Berjaya kepada pelajar Enam Atas 2010 !

Selepas ini, sekolah akan bercuti selama 2 minggu. Adalah diharapkan agar pelajar menggunakan peluang ini untuk mengulangkaji topik-topik yang mereka rasa masih lagi lemah dan belum dikuasai. Pastinya dengan PPT yang baru saja berlalu, pelajar tahu kelemahan masing-masing dan mengambil langkah proaktif untuk memajukan diri sendiri.

Selamat Bercuti.

Khamis, 20 Mei 2010

Guru Pembina Negara Bangsa


16 Mei - inilah tarikh keramat untuk semua guru di Malaysia kerana tarikh ini telah diwartakan sebagai Hari Guru. Apakah maknanya hari guru ini? Semua pelajar, guru, ibubapa, atau sesiapa sahaja mempunyai tanggapan yang berbeza.

Sebagai seorang guru, saya menantikan kehadiran tarikh ini. Tunggu hadiah dari pelajar? Tunggu ucapan dari rakan-rakan dan pelajar ? Tunggu pengumuman kenaikan gaji dari Menteri? Atau tunggu hari yang tak perlu masuk kelas dan mengajar? Entahlah. Nampaknya tiada pengumuman yang menggembirakan untuk guru-guru tahun ini (seperti juga tahun-tahun sebelum ini). Jadi nampaknya hari guru cuma hari yang syok sendiri aja.


Sambutan Hari Guru tahun ini diadakan pada Isnin,17Mei kerana 16 Mei jatuh pada hari Ahad. Temanya pula sama seperti tahun lepas, Guru Pembina Negara Bangsa.


Selepas pembacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran oleh guru bertugas, Tn Pengetua SMKTD telah menyampaikan amanatnya. Tn Pengetua juga telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan guru yang selama ini telah bersama-sama dan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang.

Tn Pengetua - Tn Hj Abdul Wahid Takat




Barisan guru SMKTD .



Barisan guru yang mengajar Tingkatan Enam
Perlawanan Petanque - salah satu permainan untuk guru-guru.


Jemputan khas Roy - menyampaikan empat buah lagu.


Selamat Menyambut Hari Guru 2010. Guru Pembina Negara Bangsa.

Rabu, 14 April 2010

KOLOKIUM










Kolokium untuk PraUniversiti TEDI telah bermula pada 6 April 2010. Pelajar-pelajar Sains menjalani kolokium di Makmal Biologi. Pelajar-pelajar kemanusiaan dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 , bertempat di Makmal Fizik terdiri dari pelajar-pelajar 6A1, 6A2 dan 6A5 . Manakala kumpulan 2 pula yang terdiri dari pelajar-pelajar 6A3 dan 6A4 bertempat di Bilik Kuliah.















Setiap pelajar diberi masa antara 10 - 15 minit untuk membuat pembentangan menggunakan slide power point.




2 orang gurumatapelajaran ditugaskan untuk menilai pembentangan pelajar-pelajar.



Penilai, Pn Junaidah dan En Manan untuk Pengajian Am di Makmal Fizik

Penilai di Bilik Kuliah

















Saya nampak kesungguhan beberapa pelajar dalam membuatpembentangan ini. Namun, ada yang menganggap kolokium ini tidak penting dan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.
Adalah diharapkan agar pelajar lebih komited di masa akan datang. Kolokium ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar PraUniversiti . Selamat Berjaya!

Rabu, 7 April 2010

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMKTD

TARIKH : 7 APRIL 2010
TEMPAT : BILIK KULIAH
MASA : 11:00 - 1:20 TGH




Mohd Helmi




Alhamdulillah. Mesyuarat Agung Koperasi SMKTD telah berjaya dilangsungkan di dalam kesibukan menghadapi pelbagai aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Doa telah dibacakan oleh Mohd Helmi manakala pengacara majlis adalah Wan Rasyidah dari kelas 6A2. Mesyuarat Agung hari ini telah dipengerusikan oleh En Sallahuddin Hassan Jabaie, pemangku Penolong Kanan Kokurikulum.






En Sallahuddin mempengerusikan perjalanan mesyuarat.









Meskipun kehadiran memuaskan , namun pelajar-pelajar yang hadir tidak banyak memberikan cadangan atau usul. Kerana itu, mesyuarat berakhir lebih awal dari yang dijangkakan. Di akhir mesyuarat, En Sallahuddin telah memperingatkan pelajar-pelajar tentang pentingnya menjadi ahli kepada satu-satu persatuan. Melalui persatuan, dana/ modal yang banyak dapat dikumpul dan suara menjadi kuat.

Khusyuk mendengar penerangan diberikan


Saya mencadangkan agar minit ini diluluskan. Sokong! Sokong!











ADALAH DIHARAPKAN AGAR PELAJAR-PELAJAR AKAN MENJADI AHLI KOPERASI YANG AKTIF SETELAH MENAMATKANPER SEKOLAHAN NANTI.


Pn Mai Zaiton, Pn Jaaronah.













Sedikit jamuan ringan diadakan. Ahli yang hadir juga telah dihadiahkan dengan dua buah buku tulis setiap seorang.

Ahad, 28 Mac 2010

Sukan SMKTD 2010

Tarikh : 26 Mac 2010
Lokasi : Stadium Jugra
Masa : 7:30 pagi -






Diawal pagi, cuaca agak mendung. Malam tadi dah hujan. Kami semua berdoa agar langit cerah, dan mendung berarak pergi. Alhamdulillah, acara-acara semua dapat diteruskan. Sebenarnya pagi ini tak banyak acara. Selepas kawad/perbarisan , ada acara 100 m dan terus 4 x 400 m. Yang lain-lain semua dah buat dari selasa - khamis.

Rumah Raja Haji menjuarai sukan tahun ini . Tahniah diucapkan. Juga kepada Hang Tuah yang memenangi acara perbarisan. Hidup Hang Tuah!!!

Terima kasih juga kepada En Aris yang telah memberi sumbangan untuk hadiah perbarisan. Semuga Tuhan memurahkan rezeki En Aris.

Sabtu, 13 Mac 2010

SPM dan STPM

Alhamdulillah, keputusan SPM 2009 telah dikeluarkan Hari Khamis lalu. Nampaknya tahun ini tidak dapat 100% kerana seorang pelajar telah gagal BM.

Tahun ini juga kita boleh lihat sistem grading yang baru, dari A+ hingga G. Sebenarnya saya hairan, pening, campur sedikit keliru dengan grading ni. Bukannya apa, grading macam STPM tapi ada beberapa pebezaan. STPM lulus bermula dari A, A-, hingga C. Kemudian siapa dapat C-, D+, D, atau F adalah gagal (Tiada E). Ini bermakna 7/11 grading adalah untuk lulus. SPM pula ada A+,A, sehingga G. Hanya siapa yang dapat G sahaja gagal (9/10 grading adalah untuk lulus).

Pada pandangan saya , grading ini perlulah diseragamkan. Ini dapat mengurangkan kekeliruan terutamanya kepada mereka yang berada di luar bidang pendidikan . Kalau cikgu sendiri dah pening, makcik kat kampung dan taman perumahan saya ni apa lagi ya.

Contoh : Pn Arni ada seorang anak yang mendapat keputusan STPM minggu lalu dengan mendapat 2B, C dan C-. Maknanya dia gagal 1 m/p. Seorang anak lagi mendapat keputusan SPM minggu ini dengan 4B, 2C , 2D, 1E. Tapi tiada satu pun yang gagal kerana D/E dalam SPM dikira lulus.

??????????????????????

Khamis, 25 Februari 2010

Keputusan STPM 2009

Keputusan STPM 2009 telah keluar jam 12 tengahari tadi dan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut telah datang mengambil keputusan masing-masing bermula jam 12:45 tengahari, selepas habis waktu P&P hari ini.

Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut. Tahniah untuk Ng Pei Kee yang berjaya mendapat 5A. Tahniah untuk semua bekas anak murid cikgu.

Mendapat keputusan ini, ada yang sedih dan ada yang gembira. Gembira kerana berjaya, gembira kerana mendapat keputusan cemerlang, gembira kerana mendapat keputusan lebih baik dari yang dijangka, gembira apabila keputusan lebih baik dari kawan sekelas, gembira kerana dapat buktikan kepada guru bahawa mereka boleh lulus, dan macam-macam jenis kegembiraan yang lain. Dan cikgu sangat gembira apabila pelajar menangis kerana mendapat keputusan cemerlang.

Ada yang bersedih. Terutamanya apabila mereka menjangkakan boleh dapat keputusan yang lebih baik. Mungkin target 2A dan 2 A-, tapi keputusan sebenar dapat 2A dan 2B. Cikgu doakan pelajar-pelajar ini memperoleh keputusan lebih cemerlang di universiti nanti.

Ada pula pelajar yang tak lulus tapi tak nampak sedih langsung. Cikgu benar-benar sedih melihat mereka. Dan cikgu juga sedih apabila pelajar-pelajar yang selalu tidak hadir, tapi hari ni boleh hadir untuk ambil keputuan yang sudah tentunya mengecewakan semua guru. Namun, cikgu tetap doakan agar mereka semua berjaya dalam kehidupan.

Wassalam.

Jumaat, 12 Februari 2010

Khamis, 11 Februari 2010

Pilihanraya MPP - kali pertama


Salam dan selamat sejahtera.

Minggu in nampaknya satu minggu yang sibuk untuk semua guru dan pelajar tingkatan enam. Pada hari Isnin, telah diadakan penamaan calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Setelah tamat tempoh penamaan calon, maka senarai 20 calon yang layak bertanding telah dikeluarkan. Mereka adalah :



(sorry ya, nama tak dapat diletakkan)

Setiap calon telah diberikan tag yang perlu dipakai sepanjang 3 hari berkempen (selasa - khamis). Contoh tag :









Calon-calon boleh memasang poster di Blok F (blok tingkatan 6) dan boleh berkempen semasa rehat. Kempen perdana telah di adakan pada hari Khamis dimana setiap calon diberikan masa selama 10 minit untuk berucap/ berkempen dihadapan semua pelajar tingkatan enam atas dan juga guru-guru.

Pengundian diadakan pada pagi Jumaat di kantin sekolah.

Guru bertugas : Pn Noriza Awang dan Pn Siti Mariani





Pelajar menyemak nama masing-masing dan mendapatkan kertas undi . Jangan lupa kad pengenalan !!!









Begitu bersemangat sekali nak mengundi ya !


Barisan yang panjang. Namun semuanya berjalan lancar.

Pastikan tanda pangkah (X) ya .

Cikgu Hasni membantu pengundi memasukkan kertas undi ke dalam tong.

Lawatan Pengetua ke pusat mengundi.

Semak betul-betul, cikgu. Jangan si kembar tu bertukar mykad pula ya.


Pusat mengundi telah ditutup jam 9:30 pagi setelah kesemua pengundi berdaftar membuang undi masing-masing. Proses pengiraan undi dijalankan di dalam bilik kuliah. Calon telah hadir besama pencadang masing-masing . Setelah kiraan dijalankan, keputusan tidak rasmi telah diumumkan pada jam 11:45 oleh Tn Hj Kamaruddin, Penolong Kanan Ting 6 SMKTD. Keputusan rasmi akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi Isnin nanti.

Kita tunggu keputusannya !