Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Rabu, 5 November 2008

Kemalangan

Saja ingin berkongsi dengan teman-teman.

Semalam semasa dalam pemanduan ke sekolah( 7 pagi), dengan kelajuan 90 km/j dan berada di lorong kanan, tiba-tiba hood depan terangkat . Sudah tentu pandangan saya terhalang. Alhamdulillah ketika itu lori di belakang tidak terlalu dekat. Saya terus membrek secara perlahan (takut drift la pulak), dan pasang hazard. Saya takut jika ada kenderaan yang laju dan tidak sempat untuk membrek. Saya ada dua orang anak dalam kereta. Ya Allah, selamatkanlah kami.
Bila semua kenderaan dah lepas, baru lah saya ke bahu jalan. Cermin kereta retak sahaja, tak berkecai. Saya bersyukur kerana kami semua dapat meneruskan perjalanan dengan selamat. Hal cermin kereta, kenalah tunggu bonus.
Jadi saya berharap agar kawan-kawan semua lebih berhati-hati sebelum memulakan perjalanan. Periksa kenderaan. Mungkin ini salah saya kerana tidak memastikan hood depan ditutup dengan rapat. Kemalangan boleh dielakkan.
Wassalam

Isnin, 3 November 2008

Takziah dan tahniah

Alfatihah untuk allahyarhamah Norizan yang telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat lepas. Setiap kali masuk pusat sumber, atau ke bilik kuliah, saya akan teringat pada dia. Saya dapat tahu anaknya yang sulung sering termenung. Memang sedih mengenangkannya. Semuga keluarganya tabah dengan pemergiannya ini.

Tahniah pula untuk AJK Kelab Guru Dan Kakitangan (KGK) SMKTD yang telah berjaya menganjurkan Jamuan High Tea pada hari Ahad di Hotel Impian, Morib. Meskipun tidak semua hadir, namun kemeriahan dan kemesraan dapat di rasa. Semuga AJK KGK dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti berkeluarga di tahun hadapan.

Rabu, 22 Oktober 2008

Deepavali

Selamat Menyambut Deepavali diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang beragama Hindu. . Nampaknya cuti panjang lagi kita hujung minggu ni (Sabtu hingga Rabu). Kepada semua pelajat Tingkatan 6 Atas, ambillah peluang ini untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan sebanyak mungkin. Semuga berjaya.

HAPPY DEEPAVALI

Isnin, 6 Oktober 2008

Dan terbangnya RM 30 .....


Begitu berkobar nak ke sekolah selepas cuti raya, tup tup kereta tak boleh start lak. Apa lagi, menunggu bas lah nampaknya. Dari pukul 6:45 hingga 7:30pagi, semua bas dan teksi tak ada yang nak berhenti. Ada 5 pelajar SAMTAR dan 2 pelajar Ting 6 SMK Sg Manggis tunggu bas sekali, tapi diorang tak kisah pun bas tak berhenti. Dah biasa macam tu agaknya. Kita yg tak biasa ni, berpeluh gak lah tunggu bas.
Ingat nak ambil CRK, balik rumah sambung tidur. Tapi mengenang dah memang menunggu bas tepi jalan ni, teruskan aja le. Tak pe, kita beri 10 minit lagi. Sampai lepas perhimpunan ok kut. Tahan punya tahan, ada lak satu teksi nak berhenti. Berkejo teman ngejo teksi tu. Dah jalan teksi baru dia cakap, cas nya RM 30, kira sewa sebab nanti dia takde penumpang pusing balik. Tak leh ke Banting sbb ni bukan kwsn dia. Mak ooi. Habis duit rayo den. Oops, duit bonuslah.. Petang ni nak tengok kereta. Duit lagi?? Maka terbayanglah anak murid, harini kelas Pengajian Perniagaan 1 (PP1) 6B1 dan 6B4. Berbaloi ke keluar RM 30 untuk masuk kelas hari ini?
SELAMAT HARI RAYA.

Selamat Hari Raya




Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang beragama Islam, terutamanya pelajar Pengajian Perniagaan SMKTD. Kesempatan ini diambil untuk menyusun sepuluh jari, memohon seribu kemaafan andainya ada tersilap kata, terkasar bahasa, atau perbuatan yang menyinggung hati dan perasaan.
Kepada semua pelajar yang dikasihi, selamat kembali semula ke sekolah. Jawapan percubaan PP 1 STPM akan kita bincangkan pada hari Rabu nanti (2:00 - 4:00 ptg) . Sila hadir dengan membawa skima kamu. Semuga segala usaha kita ini diredhai dan mendapat keberkatan dariNya.

Selasa, 16 September 2008

Peperiksaan Percubaan STPM


Peperiksaan Percubaan STPM dah bermula semalam. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar Ting 6 Atas 2008 terutamanya yang mengambil Pengajian Perniagaan. Tumpukan perhatian, fahamkan soalan dan jawab sebagaimana kehendak soalan. Cikgu pasti Tuhan memberkati segala usaha yang kamu lakukan.
Banyakkan berdoa.

Isnin, 15 September 2008

Kursus Stok Dan Inventori

Salam.
Sabtu saya telah hadiri Kursus Pengurusan Stok Dan Inventori di Bilik Kuliah. Ramai yang tak hadir. Saya ni sekadar meramaikan dan memeriahkan majlis je. Panitia saya bukannya banyak stok, beli setahun sekali. Tahun ni tak beli buku pun sebab yang dulu-dulu punya banyak lagi. Kalau ada perubahan silibus, mungkin perlu ganti.
Yang bestnya sebelum balik, dapat berkat..... bubur lambuk. Balik tak payah fikir lagi nakberbuka apa.
Hari ni..... berbuka apa ya?

Rabu, 10 September 2008

HM Tuah Iskandar

1. Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.
2. Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.
3.Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.
4. Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.
5. Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.
6. Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.
Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.
7. Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.
8. Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.
9. Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.
10. Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.
11. Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.
12. Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.
13. Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.
14. Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.
15. Jangan cakap saja, tapi buat. Jangan buat saja langsung tak bercakap.
16. Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.
17. Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.
18. Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.
19. Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.
20. Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.
21. Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.
22. Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.
23. Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.
24. Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.
25. Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.Memuji seorang sama seorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.
26. Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.
Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.
27. Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.
28. Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.
29. Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.
30. Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.
31. Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.
32. Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.
33. Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.
34. Sama menolong sama beruntung.
35. Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.
36. Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.
37. Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.
38. Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.
39. Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.
40. Dare to be different.
41. Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.
42. Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.
43. Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.
44. Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.
45.Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.
46. Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.
47. Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.
48. Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.
49. Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.
50. Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.

Isnin, 8 September 2008

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK DATOK
42700 BANTING SELANGOR
KOD SEKOLAH : BEA 1066
TEL/FAX : 03-31871303



RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2008
PENGAJIAN PERNIAGAAN 1 (946/1)
TINGKATAN 6 ATAS



BULAN
MINGGU TAJUK / KEMAHIRAN CATATAN



JAN
1 03/1 – 04/1 Penerangan Sukatan PP 1 Tingkatan Enam Atas


2 07/1 – 11/1
3.4 Sumber Manusia
3.4.1 Definisi dan Peranan
3.4.2 Perancangan sumber manusia CUTI AWAL MUHARAM

3 14/1 – 18/1
3.4.3 Pengambilan Tenaga Manusia

4 21/1 – 25/1
3.4.4 Latihan dan Pembangunan CUTI THAIPUSAM (23 JAN)
5 28/1 - 1/2
3.4.5 Penilaian



6 04/2 – 08/2
3.4.6 Faedah, Ganjaran, Tindakan disiplin
3.4.7 Penyelenggaraan pekerja
3.4.8 Perhubungan industri


7 11/2 – 15/2
3.1 Pemasaran
3.1.1 Definisi dan Peranan
3.1.2 Pendekatan pemasaran

8 8/2 – 22/2
3.1.3 Gelagat Pengguna dan Penyelidikan Pemasaran

9 25/2 – 29/2
3.1.4 Pemetakan Pasaran
3.1.5 Campuran Pemasaran
i) Produk



10 3/3 – 07/3
i) Produk (samb)
ii) Pengedaran Ujian Bulanan Pertama (5-7 Mac)


CUTIPERTENGAHAN PENGGAL 1
8-16 MAC 2008
11 17/3 – 21/3
iii) Penentuan harga Cuti Malidur Rasul S.A.W (20 MAC)
12 24/3 – 28/3
iv)Promosi
Latihan Topikal :
Pemasaran

13 1/4 – 04/4
3.2 Pengeluaran
3.2.1 Definisi dan Peranan
3.2.2 Proses Pengeluaran

14 07/4 – 11/4
3.2.3 Perancangan Ujian Bulanan 209-11 APRIL

15 14/4 – 18/4
3.2.4 Jenis-jenis pengeluaran
3.2.5 Kawalan Kualiti
i. Definisi
ii. Objektif

16 21/4 – 25/4
iii. Alat Kawalan Kualiti
iv. Pemeriksaan


17 28/4 – 02/5
3.2.6 Kawalan inventori
i. Definisi
ii. Objektif
iii. Pengurusan Inv
Latihan soalan STPM tahun lepas Cuti Hari Pekerja
18 05/5 – 09/5
Ulangkaji untuk
PPT

19 12/5 – 16/5
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
20 19/5 – 23/5
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

CUTI PERTENGAHAN TAHUN [ 24.05.2008 – 08.06.2008 ]

21 09/6 – 13/6
3.2.7 Penyenggaraan Peralatan
3.2.8 Konsep Pengurusan Pengeluaran Moden
i. TQM

22 16/6 –20/6
ii. ISO 9000
iii. Merekayasa
iv. CAD/ CAM
23 23/6 – 27/6
3.3 Kewangan
3.3.1 Definisi dan peranan
3.3.2 Penyata Kewangan
24 30/6 – 04/7
3.3.3 Objektif kewangan
3.3.4 Sumber dana
25 07/7 – 11/7
3.3.5 Penggunaan Dana
3.3.6 Perancangan kewangan

26 14/7 – 18/7
3.3.7 Insuran
Latihan : Kewangan
27 21/7 – 25/7
9 Kemahiran Pengurusan
9.1 Jenis Kemahiran

28 28/7 – 01/8
9.2 Proses Membuat Keputusan
i. Definisi
ii. Langkah
29 04/8 – 08/8
9.3 Alat-alat Membuat Keputusan
i. Keputusan Kuantitatif dan Kualitatif
ii. Alat Keputusan
30 11/8 – 15/8 UJIAN BULANAN 3
CUTIPER. PENGGAL 2 ( 16.08.2008 -
31 25/8 – 29/8
9.4 Pengurusan Ketegangan
Definisi, Punca, Tanda, Menguruskan

32 01/9 – 05/9
9.5 Tabii Orang Berjaya
i. Tabii org sgt efektif
ii. Faktor kejayaan seimbang

33 08/9 – 12/9
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2008 BERMULA
34 15/9 – 19/9
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2008
35 22/9 – 26/9
IRP Bab 3.2
36 29/9 – 03/10
IRP Bab 3.4
37 06/10 – 10/10
IRP Bab 1
38 13/10 – 17/10
IRP Bab 3.1
39 20/10 – 24/10
IRP Bab 9
40 27/10 – 31/10
RUMUSAN SUKATAN DAN PERSIAPAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM 2008

41 03/11 – 07/11
PEP.STPM TAHUN 2008 BERMULA
42 05/11 – 09/11
PEP.STPM TAHUN 2008

Sabtu, 6 September 2008

Ulangkaji


Salam sejahtera.
Tarikh peperiksaan percubaan STPM telah ditetapkan. Cikgu resah, risau, takut. Bagaimana dengan pelajar? Ada yang makin rajin, selalu buat latihan. Tapi masih ada yang selamba je, tak kisah untuk buat ulangkaji, buang masa, sembang kosong, merayau-rayau dan sebagainya. Kepada semua pelajar, nasihat cikgu ialah : BELAJAR!! BELAJAR!!!! BELAJAR!!!!. Buat semula latihan-latihan terdahulu, tengok kembali kertas-kertas ujian, baca nota dan selalulah scan peta minda kamu. Sama ada 5 minit, 10 minit atau 30 minit, yang penting adalah pengisian.
Semuga Tuhan memberkati segala usaha kita.
Selamat berusaha.

Rabu, 27 Ogos 2008

Minggu KoAkademik




Salam sejahtera.

Nampaknya semua pelajar sibuk minggu ini. Cikgu ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan. Kepada semua ahli Kelab Usahawan diucapkan terima kasih dan syabas atas usaha menambahkan duit tabung kelab kita. P&P selepas rehat adalah seperti biasa, oleh itu jangan lupa masuk kelas.

BERJUMPA KEMBALI....


Salam sejahtera.

Selamat kembali semula ke sekolah setelah seminggu bercuti. Tentu pelajar-pelajar semua telah menggunakan masa cuti dengan sebaiknya untuk mengulangkaji dan menghabiskan tugasan yang tertangguh. Sebelum Percubaan bermula, pelajar perlulah memastikan bahawa semua soalan-soalan STPM sebenar telah cuba untuk dijawab. Latihan kita untuk minggu ini ialah 3.1 Pemasaran. Subtopik ini merupakan topik yang terpenting dalam Bab 3 dan merupakan subtopik yang panjang dan banyak yang perlu dibaca. Rancangkan masa dengan sebaiknya, lihat bahagian mana yang perlu diberi perhatian yang lebih, dan pelajar-pelajar digalakkan untuk berbincang secara berkumpulan (4 orang). Datanglah berjumpa cikgu sekiranya pelajar menghadapi masalah. Jangan ingat kamu sudah terlambat, yang penting adalah kesedaran dan usaha atas kesedaran itu.

Selamat Maju Jaya

Selasa, 12 Ogos 2008

Minggu 30

Salam sejahtera
Minggu ini kita akan membuat ulangkaji Bab 3.3 Kewangan. Adalah diharapkan agar pelajar-pelajar telah menyelesaikan tugasan soalan STPM berkaitan tajuk ini sebelum kita membuat ulangkaji. Kita akan membuat latihan pengiraan pada kelas ke dua minggu ini.

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan buat semua.
Hari ini saya diperkenalkan dengan blog. Maka dengan penuh semangat saya mengadap komputer. Maklumlah, kelas harini bermula 12:10 tghari. Saya membuat blog ini untuk guru-guru dan pelajar Pengajian Perniagaan, khususnya guru-guru dan pelajar-pelajar di SMK Telok Datok, Banting. Marilah kita bersama-sama berbincang mengenai sukatan, BBB, masalah-masalah dalam pembelajaran dan pengajaran, soalan-soalan percubaan dan sebagainya.
Peperiksaan Percubaan STPM pun dah dekat ni.....
Selamat Maju Jaya