Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Khamis, 25 Februari 2010

Keputusan STPM 2009

Keputusan STPM 2009 telah keluar jam 12 tengahari tadi dan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut telah datang mengambil keputusan masing-masing bermula jam 12:45 tengahari, selepas habis waktu P&P hari ini.

Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut. Tahniah untuk Ng Pei Kee yang berjaya mendapat 5A. Tahniah untuk semua bekas anak murid cikgu.

Mendapat keputusan ini, ada yang sedih dan ada yang gembira. Gembira kerana berjaya, gembira kerana mendapat keputusan cemerlang, gembira kerana mendapat keputusan lebih baik dari yang dijangka, gembira apabila keputusan lebih baik dari kawan sekelas, gembira kerana dapat buktikan kepada guru bahawa mereka boleh lulus, dan macam-macam jenis kegembiraan yang lain. Dan cikgu sangat gembira apabila pelajar menangis kerana mendapat keputusan cemerlang.

Ada yang bersedih. Terutamanya apabila mereka menjangkakan boleh dapat keputusan yang lebih baik. Mungkin target 2A dan 2 A-, tapi keputusan sebenar dapat 2A dan 2B. Cikgu doakan pelajar-pelajar ini memperoleh keputusan lebih cemerlang di universiti nanti.

Ada pula pelajar yang tak lulus tapi tak nampak sedih langsung. Cikgu benar-benar sedih melihat mereka. Dan cikgu juga sedih apabila pelajar-pelajar yang selalu tidak hadir, tapi hari ni boleh hadir untuk ambil keputuan yang sudah tentunya mengecewakan semua guru. Namun, cikgu tetap doakan agar mereka semua berjaya dalam kehidupan.

Wassalam.

Jumaat, 12 Februari 2010

Khamis, 11 Februari 2010

Pilihanraya MPP - kali pertama


Salam dan selamat sejahtera.

Minggu in nampaknya satu minggu yang sibuk untuk semua guru dan pelajar tingkatan enam. Pada hari Isnin, telah diadakan penamaan calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Setelah tamat tempoh penamaan calon, maka senarai 20 calon yang layak bertanding telah dikeluarkan. Mereka adalah :



(sorry ya, nama tak dapat diletakkan)

Setiap calon telah diberikan tag yang perlu dipakai sepanjang 3 hari berkempen (selasa - khamis). Contoh tag :









Calon-calon boleh memasang poster di Blok F (blok tingkatan 6) dan boleh berkempen semasa rehat. Kempen perdana telah di adakan pada hari Khamis dimana setiap calon diberikan masa selama 10 minit untuk berucap/ berkempen dihadapan semua pelajar tingkatan enam atas dan juga guru-guru.

Pengundian diadakan pada pagi Jumaat di kantin sekolah.

Guru bertugas : Pn Noriza Awang dan Pn Siti Mariani





Pelajar menyemak nama masing-masing dan mendapatkan kertas undi . Jangan lupa kad pengenalan !!!









Begitu bersemangat sekali nak mengundi ya !


Barisan yang panjang. Namun semuanya berjalan lancar.

Pastikan tanda pangkah (X) ya .

Cikgu Hasni membantu pengundi memasukkan kertas undi ke dalam tong.

Lawatan Pengetua ke pusat mengundi.

Semak betul-betul, cikgu. Jangan si kembar tu bertukar mykad pula ya.


Pusat mengundi telah ditutup jam 9:30 pagi setelah kesemua pengundi berdaftar membuang undi masing-masing. Proses pengiraan undi dijalankan di dalam bilik kuliah. Calon telah hadir besama pencadang masing-masing . Setelah kiraan dijalankan, keputusan tidak rasmi telah diumumkan pada jam 11:45 oleh Tn Hj Kamaruddin, Penolong Kanan Ting 6 SMKTD. Keputusan rasmi akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi Isnin nanti.

Kita tunggu keputusannya !

Jumaat, 5 Februari 2010

Merentas Desa SMKTD

Hari ini aktiviti merentas desa SMKTD telah diadakan. Bermula jam 8:00 pagi, pelajar perempuan Ting 1 dan 2 (P3) telah dilepaskan terlebih dahulu. Ianya dikuti P2, P1, P1 PraU, L3, L2, L1 dan seterusnya L1 PraU. Untuk merentas desa tahun ini, pelajar tingkatan enam diasingkan dari tingkatan lima. Ini bermakna, pelajar Ting 6 dan 5 , mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang atau mendapatkan mata untuk rumah sukan masing-masing.

Acara penyampaian hadiah juga telah diadakan. Tahniah buat Rumah Tun Perak yang menjadi pemenang keseluruhan. Untuk rumah sukan lain, mari kita teruskan usaha gigih untuk menjadi pemenang sukantara atau keseluruhan di hari sukan nanti.

Untuk Hang Tuah, bangkitlah !. Terangi dan ceriakan suasana dengan kibaran merah menyala !