Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Selasa, 18 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011 - siri 2

KOPERASI DI TEMPAT BARU

Sempena Tahun Baru 2011 ini, kami di koperasi juga berpindah ke tempat baru, walaupun bukan ke bangunan baru. Oleh kerana kerja-kerja pengubahsuaian, maka jualan untuk pelajar Tingkatan 1 pada 31 Disember 2011 telah dilakukan di tapak koperasi lama.




Kerja-kerja pemindahan dilakukan secara berperingkat. Sebenarnya sehingga ke hari ini, kerja-kerja mengemas masih lagi belum menemui titik noktahnya. Barang-barang semua sudah di angkut (sebahagiannya menggunakan Hilux ku), tapi kini berlonggok pula tak berkemas. Guru-guru koperasi juga telah berpindah ke bilik guru.




Tahun 2011 menunjukkan beberapa perubahan dalam senarai ALK Koperasi SMKTD. Selamat Bertugas diucapkan kepada ahli keluarga baru ALK dan jutaan terima kasih kepada ALK yang tidak lagi bertugas tahun ini. Semuga barisan ALK 2011 dapat membantu untuk memantapkan lagi operasi koperasi.

Isnin, 10 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011 - siri 1

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2011. Semuga tahun ini kita mampu memberikan yang terbaik... seperti selalunya.


Tahniah untuk semua pelajar PMR 2010 atas kejayaan PMR yang lalu. Atas usaha semua pihak terlibat seperti pelajar, guru, ibubapa, dan PIBG, SMKTD telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dan mendapat tempat kedua dalam daerah Kuala Langat. Tahun ini juga telah menyaksikan beberapa catatan sejarah baru seperti rekod GPA dan juga 10 matapelajaran mencapai kejayaan 100%. Tahniah dan syabas untuk semua.


Sebahagian dari pelajar-pelajar yang mendapat 7A ke atas.




Adalah diharapkan disiplin pelajar SMKTD pada tahun ini berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Pada perhimpunan pertama minggu lepas, beberapa pelajar lelaki telah mendapat "sentuhan istimewa" dari Pengetua. Almaklumlah, dah 2 bulan bercuti, macam-macam fesyen rambut ada. Amatlah tidak sesuai untuk membawa dan meneruskan fesyen-feyen tersebut di sekolah.


Fesyen ekor ayam




Emmmm. Fesyen apa ni?



Memang ramai yg berfesyen trojan atau mohawk tahun ini.




Diharap pihak sekolah tidak perlu lagi membuka kedai gunting percuma ini di masa akan datang. Semuga semua pelajar mematuhi peraturan-peraturan sekolah sebagaimana yang termaktub dalam buku peraturan. Ingatlah apa yang dilafazkan setiap minggu dalam Ikrar Pelajar .


Disiplin sangat berkait rapat dengan kejayaan. Pelajar cemerlang adalah pelajar yang berdisiplin.