Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Sabtu, 30 November 2013

frozennnnnnnnnnnnnnn .

Kertas P.Perniagaan Penggal 3, Penggal 1 serta Ulangan 1 dan 2 telah pun selesai. Maka hari ini saya berkesempatan menonton filem.

Filem pilihan saya kali ini adalah FROZEN, dan agak istimewa kerana ini kali pertama saya menonton filem yg tlh di alih bahasa. Utk menonton filem ini, saya terpaksa ke Bukit Raja kerana filem dlm BM ini tidak ditayangkan di Bukit Tinggi. Namun, saya gembira kerana filem ini tidak mengecewakan.

Anak2 pun suka dan enjoy tgk filem ni.


Sabtu, 26 Oktober 2013

MUET

Salam Sejahtera. 

Selamat Berjaya diucapkan kepada semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan MUET yang akan berlangsung 28 - 30 Oktober ini. 

Semuga semua pelajar dapat menjawab dengan tenang dan penuh keyakinan. 
 
 

Ahad, 22 September 2013

Sabah......... bayu menghembus

Salam sejahtera.

Pada 4-6 September 2013 yang lalu, saya telah mengikuti kursus koperasi di Sabah. Umur dah masuk 4 series ni, baru pertama kali ke Sabah. Teruja betul. Tidak banyak tempat yang dapat dilawati , namun saya berpuas hati. Malahan, saya telahpun menempah tiket untuk ke sana April tahun hadapan, bagi melengkapkan lagi lawatan saya ke Sabah.

Disini saya ingin kongsikan tempat-tempat yang saya lawati.

Pemandangan dari bilik hotel. Boleh nampak bangunan Tabung Haji. Disebalik penghadang hijau ada kampung ayer. Kampung itu agak kotor samada ketika air pasang atau surut.

Tempat yang mesti singgah. Disi ada menjual pelbagai jenis souvenir terutamanya brg2 berasaskan mutiara. Juga terdapat  t-shirt, baju/ kemeja. Disebelah kanan bangunan ini ada pasar malam dan disebelah kirinya ada pasar yang menjual udang kering, billis, ikan masin dsb dengan harga yang sangat berpatutan.

Saya singgah di pasar malam minum ABC. Agak berbeza dengan ABC ditempat saya. Ramai rakan-rakan saya makan ikan dan sotong bakar disini.

Saya juga membeli nasi campur bungkus ini yang berharga RM1.50. Ada sedikit sayur, ikan dan telur.

Bergambar dihadapan bangunan Yayasan Sabah.

He heee. Jadi orang utan saya, bah.

Singgah di Univ Malaysia Sabah. Sebenarnya kami hendak ke muzium marin

Sempat bergambar disini. Bayaran masuk dikenakan. Kalau kita pernah ke Aquaria atau ke Langkawi, tempat ini jauh ketinggalan. Anyway, syabas kpd universiti ini.

Tempat yg mesti dikunjungi : Rumah Terbalik.

Bayaran masuk ke kawasan ini sebanyak RM5 dan kalau nak masuk ke dalam rumah bayaran penuhnya sebanyak RM10. Tetapi, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut.

Jambatan Tamparuli . Agak uzur.  Tamparuli merupakan sebuah pekan kecil. Rizal, driver bas kami mengaku bahawa dia satu sekolah dengan Marsha Londoh di pekan ini.

Singgah di Tanjung Aru. Rakan saya minum ABC special. Ada aiskrim dan buah-buahan lagi, you. Dan harganya RM5.

Tempaat menunggu bas berhadapan rumah terbalik. Agak unik.
Itulah tempat-tempat yang sempat dikunjungi ketika di Sabah. Terkilan juga tidak dapat ke Kundasang. Semuga percutian saya tahun hadapan lebih meriah, ceria dan happening. Juga, saya berharap dapat jumpa sahabat lama saya .

Sabtu, 20 Julai 2013

puasa dan sekolah

salam ramadhan.  hari ini adalah hari ke 11 puasa. Dah masuk fasa ke 2 ni. Moga Allah perkuatkan iman  kita semua.

Hari ni sekolah ganti, untuk ganti cuti Deepavalli nanti nnnuuuuunnnnnnnn di bulan November. Terasa penat betul bila sekolah 6 hari seminggu ni. Pulak tu berturut-turut.  Akan banyak lagi kah cuti berganti ni?  Ada kemungkinannya perlu ganti pula 2 hari untuk hari raya nanti. Dah ada cuti sekolah seminggu, nak cuti lagi??? Memang tak faham betul.

Tapi, kita ni kan menurut perintah. Masa-masa begini, ingin aja pencen awal !!!

Ahad, 7 Julai 2013

Lawatan 2013

Tempat : Cameron Highland
Hari      : Sabtu
Tarikh   : 6 Julai 2013

Kelab Koperasi telah menganjurkan lawatan ke cameron highland pada hari sabtu lepas (hujung minggu terakhir sebelum  puasa tahun ini).

6:30 pg  : Sampai di surau. Ramai nya orang. Bilik air 2 berkunci, 2 tersumbat, cuma tinggal 2 aja. Semua tak dapat mandi. Lepas solat subuh, terus cari sarapan.

8:10 pg  : Perancangannya nak ke MARDI dulu, tapi diberitahu kat situ dah ramai org. Jadi, kami terus ke Rajuu strawberry. Kemudian jalan 2 kat pasar KEA Farm. Ramai yang membeli jagung disini.

 Kaktus di Taman Rama-rama



9:30  : Bertolak ke Taman Rama-rama. Bayaran masuk dikenakan. Kat sini juga ada menjual pokok kaktus.

10:00 Bertolak ke MARDI. Tempat cantik. Memang ramai orang. Bayaran masuk RM 1.50 untuk pelajar dan RM3 untuk dewasa. Ada pokok anggur,epal, bunga rose, dll. Sehingga jam 11:30 aja tau !

Ladies shoes

Gambar pokok anggur, epal tak ada ye!

11:30 pg : Tunggu bas datang sebab bas takde tempat parking. Kemudian lunch di Orkid. Masa dibenarkan sehingga 1 tengahari

1:00 petang : Bertolak ke Bee Farm. Ladang lebah.  Disini juga ada jual sayur2an, gula2, strawberry (all in one). Kemudian kami kena naik bas kecil untuk ke Ladang BOH.  Jalannya sempit, berliku-liku. Ada kereta yg terpaksa reverse utk memberi laluan kpd bas.

 Ini bas yang membawa kami ke Ladang teh BOH


 Lawatan ke kilang BOH

 Selesai disini, kami ketempat terakhir iaitu Lavender Garden. Sebab tempat ni baru, belum pernah pergi, maka saya masuk juga. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 (Mahal sangat, pada saya)




RM5 tu untuk tengok-tengok aja tau. Kalau nak petik bunga atau strawberry, kena bayar lagi.

Begitulah lawatan sehari ke cameron highland. Terima kasih Koperasi SMK telok Datok !

Jumaat, 5 Julai 2013

Sukan.

Acara    :  Sukan Tahunan SMKTD
Tempat  : Padang SMKTD
Masa     : 8:00 - 12:00 tghari

Agak mencemaskan juga apabila hujan renyai-renyai mula turun. Namun, acara perbarisan diteruskan juga. Alhamdulillah, berkat doa semua, awan mendung berarak pergi.

Acara akhir untuk hari ini adalah 100m, 4 x 100m, dan 4 x 400 m untuk semua kelas.


Kemuncaknya adalah acara tarik tali.



Siapa johan ?
Johan perbarisan : Raja Lumu
Johan sukan : Raja Lumu
Johan keseluruhan : Hang Tuah

Tahniah kepada semua. Kita bersukan lagi tahun depan .

Rabu, 3 Julai 2013

PBS PP : Objektif

Salam 1 Malaysia.

Hari ini mari kita bincang mengenai objektif untuk PBS. Seperti yang pelajar semua maklum, objektif kajian kita ada empat (sila rujuk soalan). Maka pelajar mesti tuliskan keempat-empat objektif tersebut. Jangan pandai-pandai nak buat 2 atau 3 sahaja. Semua 4 mesti tulis !!! Jangan guna perkataan mengkaji , sebab itu memang dah objektif kita, nak buat kajian. Contoh : mengkaji proses pengorganisasian sykt abc sdn berhad . Cari perkataan lain.

Jadinya, apabila dah tulis 4 objektif, maka kajian juga mestilah merangkumi keempat-empat objektif tersebut. Memang ada pelajar yang berangan nak buat bahagian pengorganisasian sahaja, atau gaya kepimpinan sahaja. Awas! Pelajar begini akan kehilangan banyak markah kerana hasil kajian, maklumat, data,  tidak mencukupi.

Walaupun ada 4 objektif, sebenarnya pelajar kena cari maklumat untuk 6 perkara, 3 untuk pengorganisasian (penjabatanan, konsep, proses) dan 3 untuk gaya kepimpinan ( kuasa, jenis kepimpinan, gaya kepimpinan).

Kalau belum mula, eloklah dimulakan dengan menulis objektif kajian. Dengan itu, pelajar2 tahu apa nak buat seterusnya, tahu apa nak dikaji, tahu maklumat apa nak cari.

Jumpa lagi.




Khamis, 27 Jun 2013

PBS PP 2013

Salam sejahtera.
Sibuk dengan PBS ? Ya, nampaknya begitulah kita ya. Pelajar-pelajar sibuk mencari organisasi yang membenarkan mereka untuk membuat kajian. Cikgu pula sibuk menyediakan surat kebenaran, surat sokongan dll lagi. Kalau ikutkan jadual MPM, pelajar-pelajar keluar membuat kerja lapangan dalam bulan Jun dan memulakan penulisan mereka sepanjang Julai. Hanya segelintir pelajar-pelajar saya yang dah dapat "green light" , dan mereka bolehlah mula siapkan diri untuk proses seterusnya ya. 

Masalah yang dihadapi pelajar adalah untuk menyediakan soal selidik yang sesuai untuk kajian mereka. SoalSelidik ini perlu disiapkan segera. Ya lah kan, takkan nak pergi tangan kosong je. Nanti kena datang lagi, orang pun jadi tak suka. Persiapan mesti lengkap. Saya minta pelajar-pelajar menumpukan soal selidik kepada Gaya kepimpinan sahaja. Tapi, gaya kepimpinan pun ada 3 bahagian juga iaitu Jenis Kuasa, Jenis Kepimpinan dan Gaya Kepimpinan. Jenis kuasa bolehlah, tapi saya sendiri merasa sukar untuk menyediakan soalan bagi mengenalpasti jenis kepimpinan. Karismatik? Berwawasan? Kalau nak buat pemerhatian, mahu seminggu jadi khadam baru ada clue. Kalau nak tanya atau buat soalan pun, agak keliru juga sebab ciri-cirinya hampir sama je. Ni tengah pening lah ni! Walaubagaimanapun, minggu depan saya akan finalise soalan2 dengan pelajar2 saya. SoalSelidik boleh share, kan.
 
Sementara menunggu untuk ke lapangan, pelajar-pelajar boleh lah memulakan bahagian latarbelakang dan kaedah kajian menggunakan data sekunder. Ingat, bahagian objektif yang dah siap tu jangan usik lagi.

OK. Kita jumpa minggu depan ya.


Selasa, 21 Mei 2013

STPM Penggal 2

Salam sejahtera.
Esok, 22/5/2013 pelajar2 P.Perniagaan akan menghadapi peperiksaan PP penggal 2. Untuk semua anak didik cikgu, cikgu doakan agar kamu semua berjaya dengan cemerlang penggal ini. Kamu telah berusaha, jadi esok  jawablah dengan tenang dan berhati-hati.

 Jumpa lagi penggal 3 nanti !!!