Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Khamis, 25 Jun 2009

MagCover


Belajar sesuatu yang baru harini.


Saya suka buka blog, sebab saya dapat belajar banyak benda dari kawan-kawan. Mungkin pada orang lain semuan biasa ja dan mereka semua dah tahu, tapi saya ni yang masih merangkak kenalah belajar banyak benda.




Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Selasa, 23 Jun 2009

Perancangan....A, A, A,A

Apakah maksud perancangan?
Perancangan adalah satu proses dimana kita/ seseorang menentukan matlamat dan kemudian memutuskan tindakan yang paling sesuai untuk mencapai matlamat dengan disokong oleh sumber-sumber yang ada.
Contohnya: Matlamat saya adalah semua pelajar tingkatan enam bawah lulus dalam peperiksaan akhir tahun. Apakah sumber-sumber yang ada ?
1.SMKTD mempunyai 3 orang guru PP berkemahiran yang mengajar tingkatan enam bawah.
2.Panitia mempunyai kewangan yang boleh digunakan untuk membeli buku latihan atau mencetak lembaran kerja.
3.Pelajar-pelajar 6b adalah pelajar yang rajin dan komited dan sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk membeli buku.

Maka, apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut? Sewajarnya tindakan yang sesuai adalah :
1. Memberi pelajar-pelajar 6b sebanyak mungkin latihan supaya mereka dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar.
2.Menyuruh pelajar 6b membeli buku latihan dan rujukan.
3.Mengenalpasti pelajar lemah dan memberi bimbingan/dorongan/ latihan tambahan.

Ya, itulah yang akan cikgu lakukan untuk pelajar 6bawah tahun ini.

Bagaimana dengan pelajar-pelajar 6Atas sekalian ? Apakah matlamat kamu?
Semasa di tingkatan enam bawah, semua pelajar telah menetapkan matlamat untuk mencapai A bagi Pengajian Perniagaan dalam STPM 2009 .
Matlamat tersebut telah menepati ciri-ciri matlamat yang baik iaitu Spesifik, Boleh diukur, boleh dicapai, Realistik dan mempunyai tempoh masa (SMART). Pelajar-pelajar juga telah menyenaraikan tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Antara yang boleh cikgu ingat adalah ;
1. Membuat sendiri latihan yang diberi oleh guru (bukan menyalin jawapan kawan-kawan) .
2. Membuat latihan tambahan sendiri dirumah.
3. Rajin/Selalu membaca buku rujukan
4. Rajin bertanya kepada guru.
5. Datang sekolah.
Adakah kamu semua telah menghampiri matlamat tersebut pada peperiksaan pertengahan tahun yang lalu? Berdasarkan keputusan PPT, hanya 10% pelajar lulus peperiksaan. Dimanakah silapnya?

Pada pandangan cikgu, pelajar-pelajar tidak mendalami matlamat yang telah dibuat/ ditentukan. Ini bererti, pelajar-pelajar tidak mengikuti / menjalankan apa yang telah dijanjikan. Perancangan yang sepatutnya menjadi satu alat kawalan terhadap tingkahlaku pelajar, tidak bererti lagi. Sekiranya pelajar-pelajar sentiasa mengingati matlamat yang telah ditentukan, sudah semestinya pelajar-pelajar akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada. Kerja-kerja disiapkan tepat pada waktunya, free period pada hari Selasa dan Rabu diisi dengan kerja-kerja yang bermanfaat.
Apa yang cikgu lihat adalah, pelajar-pelajar masih leka dan tidak fokus terhadap pelajaran. Kerja-kerja tidak dibuat dan sering memberikan alasan yang bermacam-macam.

Cikgu harap pelajar-pelajar akan lebih berusaha selepas ini. Peperiksaan kian hampir .

Those who fail to plan are planning to fail.

Isnin, 15 Jun 2009

Habis dah .......

Salam.
Bermula lah penggal baru kita harini. Saya berdoa agar penggal ini lebih baik dari yang dulu. Semuga saya lebih rajin, lebih berdedikasi dan komited, lebih tenang, lebih sabar dengan kerenah murid. Semuga murid-murid saya lebih rajin, lebih mudah memahami pelajaran, dan lebih berusaha, maklumlah peperikaan hampir tiba.

Cuti dah habis ni, bagaimana dengan apa yang dirancang sebelum cuti dulu. Adakah semua telah terlaksana? Percutian saya ke Tasik Kenyir menggembirakan. Seramai 20 orang dalam rombongan ke Tasik Kenyir. Saya, suami dan 4 orang anak, Kakak sulung bersama suami dan 4 anak, emak, angah, abang dan isteri, adik perempuan dan 2 anak, dan seorang kawan anak saudara. (14 dewasa + 6 kanak-kanak)

Cuti dah habis, duit pun dah habis. Gaji lambat lagi. AAAArrrrrgghhhhhhhhhh ..........

*Gambar-gambar tidak dapat dimasukkan kerana ada masalah teknikal.

Isnin, 8 Jun 2009

Cuti ............ cuti ...........cuti

Salam. Cuti dah masuk minggu kedua. Seronok ke ? Boleh lah ya, namun masih banyak lagi yang belum settle. Harap semua dapat diselesaikan sebelum khamis. Jumaat hingga Ahad, akan ke Tasik Kenyir.

Baru habis menanda semua kertas pelajar. Kalau dulu sebelum cuti dah selesai. Kali ni agak lambat sikit. Kepada semua anak murid cikgu, tolong buat pembetulan. Jawapan kamu semua amat mengecewakan cikgu. Ingat lagi apa target kamu? Cikgu rasa kamu tidak berusaha untuk mencapai target tersebut. Gunakanlah masa cuti ini untuk menambah ilmu, menyiapkan tugasan-tugasan tertunggak.

Kita jumpa Isnin nanti.