Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Selasa, 26 Januari 2010

Baju Batik Ting 6




Isnin yang lalu telah diumumkan kepada pelajar Ting 6 tentang pemakaian baju batik pada setiap Khamis. Pihak sekolah telah memilih baju dengan tanah putih dan corak berwarna hitam. Untuk pelajar lelaki, mereka boleh terus memesan baju kemeja mengikut saiz S,M,L, XL. Harga bagi sehelai kemeja adalah RM 80.00






Untuk pelajar perempuan pula, mereka boleh memesan kain mengikut ukuran yang dikehendaki. Biasanya, 2 meter diperlukan dan semeter berharga RM18. Pelajar perempuan perlu membuat baju kurung Johor dan dipakai bersama kain hitam.









Pembayaran dibuat melalui guru tingkatan.






Untuk pengawas dan MPPU, corak yang sama dikekalkan tetapi berwarna biru.

Ahad, 24 Januari 2010

Kolokium oh kolokium oh r&d

Penat betul saya rasa 3 minggu ni. Ke sekolah 6 hari seminggu. Minggu pertama, taklimat untuk guru-guru Ting 6. Sabtu kedua ada perkembangan staff - PATS dan IRP. Minggu ketiga, sekolah ganti untuk Tahun Baharu Cina. Tak sabar nak tunggu cuti pertengahan februari nanti. cover balik. ha ha ha

Dah seminggu guru-guru menggunakan SPS. Membuat rancangan mengajar online. Kini guru-guru, terutamanya yang mengajar Ting 6, tidak lagi menggunakan Buku Ringkasan Mengajar, yang anak saya panggil Buku Gajah. Mungkin banyak kebaikannya sistem ini, sebab itu ianya diperkenalkan. Tapi seminggu ni sekolah agak kelam kabut juga. Ketiadaan internet menyebabkan banyak kerja tertangguh. Saya amat berharap agar bangunan baru siap dengan segera, guru-guru boleh berpindah ke bilik guru baru, dan tiada masalah lagi dengan internet. Saya dan rakan-rakan yang duduk di koperasi sangat rasa tersiksa tiga minggu ini kerana tiada wifi di sana. Modem cap ayam dah rosak.

Selepas taklimat Ting 6, ramai yang dah mula menyesuaikan diri dengan sistem ting 6 yg baru. Sekarang kena sediakan senarai tajuk untuk kolokium. Disebabkan baru, saya telah menghubungi rakan-rakan yang mengajar Ting6 dari sekolah2 lain di Kepong, Seremban, Melaka dan juga Perak. Semuanya memberi pendapat yang berbeza. Ada yang kata tak perlu buat, tajuk kolokium adalah bebas/ umum, tak perlu kaitan dengan m/pelajaran, dll. Saya akur dengan Ketua Unit Kolokium di sekolah saya, tajuk kolokium mesti ada kaitan dengan m/p. Maka saya sedang merangka 25 tajuk untuk pelajar-pelajar saya. Tapi untuk enam atas, saya mungkin beri 1 tajuk untuk 2 pelajar.

R&D pula bagaimana ? Peninglah. Pening. Pening. Saya rehat dulu ya. Nasi lemak, sambal sotong, kopi O.

Ahad, 10 Januari 2010

Tak terang lalu di suluh

Alhamdulillah. Sabtu yang lalu telah diadakan taklimat untuk guru-guru yang mengajar tingkatan enam. Taklimat disampaikan oleh Pengetua (pengurusan), penolong kanan (folio) dan Dr Ghazali (kolokium). Barulah terang kepada kami hal-hal berkaitan tingkatan enam ini. Tahun lepas dengar aja kawan-kawan dari sekolah lain cerita.

Yang paling berbeza sekali adalah dari segi penyediaan rekod mengajar. Nampaknya mulai esok, kami tak akan lagi guna buku ringkasan mengajar. Kami perlu taip rancangan harian dan dimasukkan ke dalam fail. Setiap guru akan terima 4 buah ring fail kerana terdapat 4 folio yang perlu disediakan. Itu minima untuk guru tingkatan enam biasa. Kalau ada jawatan, lebih lagi. Semakin risau juga saya kerana macam banyak aja kerja nak kena buat. Apa-apa pun, kita buat dulu dan tengok 2, 3 minggu lagi bagaimana. Mungkin mula-mula ni sakit sikit. Alah bisa tegal biasa.

Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah pakaian pelajar tingkatan enam. Kalau sebelum ini, pelajar lelaki dengan baju dan seluar putih, ini akan diubah. Kemungkinan besar sekolah memilih seluar hitam. Hari khamis pelajar akan memakai baju batik. Selain itu, mereka juga akan menempah baju korporat. Tapi semua ini akan dibuat secara beransur-ansur supaya pelajar tidak rasa terbeban.

Semuga semua perubahan ini akan membawa kebaikan kepada pelajar, guru, sekolah dan sistem pendidikan secara amnya.

Jumaat, 1 Januari 2010

Berakhirnya cuti ....................






Tempat favourite anak-anak kecil











Selamat Menyambut Tahun Baharu 2010. Cuti sekolah tinggal 2 hari sahaja lagi. Jadi hari ni saya bawa anak-anak ke Tiara Beach Resort, PD. Sebenarnya cuti ni aja dah 2 kali ke pantai PD, wet world Pedas dan Zoo Melaka. Tapi anak-anak ni tak puas-puas lagi. Penutup cuti, ke Tiara pula. Tiada pantai, tapi ada water park. Ada kelainan sikit. Mana yang lebih best? Entahlah.

Malam ni nak makan apa? Kat sini tak boleh masak. Ada bawa ayam, nak bakar kat mana ya? Mungkin terpaksa ke pantai mlm ni utk BBQ . mm mmm mmmmm mmmmmmmmm .
Apa apa aje lah. Janji happy.
Dah pucat lah tu.
Mengimbau zaman kanak-kanak