Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Selasa, 3 Mac 2009

Masihkah kau ingat?

Apa itu pemasaran? Pemasaran adalah aktiviti menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna tepat pada masa, tempat, kuantiti dan harga (dengan menggunakan campuran pemasaran yang sesuai.

Kita juga telah mempelajari aktiviti-aktiviti pemasaran yang terdiri dari pembelian, penjualan, pengangkutan, penstoran, pembiayaan, penggredan dan pemiawaian, pengambilan risiko, pengumpulan data, penjenamaan, dan juga penglabelan. Cikgu harap pelajar-pelajar dapat menjelaskan setiap aktiviti tersebut.

Juga jangan lupa kepada konsep asas pemasaran yang terdiri dari keperluan, kehendak, permintaan, produk, pertukaran, pasaran, transaksi, dan juga nilai.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Liza. Kalau ditanya' masihkah kau ingat'? k.zu nak share cerita. setiap hari Radio Klasik Nasinal ada program MKI jam 2 ptg-4 ptg.MKI ni bermaksud Masihkah kau ingat? Peminat2 boleh dengar lagu lama (klasik). Best station radio ni. Nab Bujang pun dah join jd sahabat Klasik Nasional. K.Zu peminat setia MKI tp kalau malam2 ada juga hantar pantun kpd kawan2 sambil dlm rancangan2 tertentu. He he he...

CikguLizaPP berkata...

jo lah join kitorang dengar sinar pagi kat sini