Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Selasa, 8 Mei 2012

PENDAFTARAN TING 6 BAWAH 2012

TARIKH  : 8 MEI 2012
TEMPAT  : DEWAN SMKTD
MASA     : 9 PAGI

Pada hari ini, SMKTD menerima kehadiran pelajar-pelajar yang mendaftar untuk memasuki Prauniversiti TEDI. Sehingga ke pukul  12 tengahari, seramai 188 pelajar baru telah mendaftar. Dijangkakan masih ada beberapa orang lagi pelajar akan mendaftar esok (dan sepanjang minggu ini).

Pelajar-pelajar yang telah mendaftar juga diramalkan ada yang akan keluar bagi mengikuti program diploma atau asasi di universiti.  Taklimat ringkas berkaitan perubahan sistem tingkatan enam telah disampaikan oleh Penolong Kanan Ting 6, Tn Hj Kamaruddin Osman.

 Minggu orientasi akan berlangsung sehingga 18 Mei 2012 dan kelas akan bermula pada 21 mei 2012.

Kesempatan ini diambil untuk mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar Prauniversiti TEDI 2012.

Tiada ulasan: