Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Khamis, 25 Februari 2010

Keputusan STPM 2009

Keputusan STPM 2009 telah keluar jam 12 tengahari tadi dan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut telah datang mengambil keputusan masing-masing bermula jam 12:45 tengahari, selepas habis waktu P&P hari ini.

Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar yang telah lulus peperiksaan tersebut. Tahniah untuk Ng Pei Kee yang berjaya mendapat 5A. Tahniah untuk semua bekas anak murid cikgu.

Mendapat keputusan ini, ada yang sedih dan ada yang gembira. Gembira kerana berjaya, gembira kerana mendapat keputusan cemerlang, gembira kerana mendapat keputusan lebih baik dari yang dijangka, gembira apabila keputusan lebih baik dari kawan sekelas, gembira kerana dapat buktikan kepada guru bahawa mereka boleh lulus, dan macam-macam jenis kegembiraan yang lain. Dan cikgu sangat gembira apabila pelajar menangis kerana mendapat keputusan cemerlang.

Ada yang bersedih. Terutamanya apabila mereka menjangkakan boleh dapat keputusan yang lebih baik. Mungkin target 2A dan 2 A-, tapi keputusan sebenar dapat 2A dan 2B. Cikgu doakan pelajar-pelajar ini memperoleh keputusan lebih cemerlang di universiti nanti.

Ada pula pelajar yang tak lulus tapi tak nampak sedih langsung. Cikgu benar-benar sedih melihat mereka. Dan cikgu juga sedih apabila pelajar-pelajar yang selalu tidak hadir, tapi hari ni boleh hadir untuk ambil keputuan yang sudah tentunya mengecewakan semua guru. Namun, cikgu tetap doakan agar mereka semua berjaya dalam kehidupan.

Wassalam.

1 ulasan:

kak mai berkata...

Tahniah kpd semua pelajar yg telah berusaha dan berjaya..
tahniah jgk utk guru2 yg bertungkus lumus mengajar dan mengharapkan yg terbaik bagi anak didik kita..