Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya. Sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi, ia dianggap sebagai kufur nikmat."

(Riwayat Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu." (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Ahad, 10 Januari 2010

Tak terang lalu di suluh

Alhamdulillah. Sabtu yang lalu telah diadakan taklimat untuk guru-guru yang mengajar tingkatan enam. Taklimat disampaikan oleh Pengetua (pengurusan), penolong kanan (folio) dan Dr Ghazali (kolokium). Barulah terang kepada kami hal-hal berkaitan tingkatan enam ini. Tahun lepas dengar aja kawan-kawan dari sekolah lain cerita.

Yang paling berbeza sekali adalah dari segi penyediaan rekod mengajar. Nampaknya mulai esok, kami tak akan lagi guna buku ringkasan mengajar. Kami perlu taip rancangan harian dan dimasukkan ke dalam fail. Setiap guru akan terima 4 buah ring fail kerana terdapat 4 folio yang perlu disediakan. Itu minima untuk guru tingkatan enam biasa. Kalau ada jawatan, lebih lagi. Semakin risau juga saya kerana macam banyak aja kerja nak kena buat. Apa-apa pun, kita buat dulu dan tengok 2, 3 minggu lagi bagaimana. Mungkin mula-mula ni sakit sikit. Alah bisa tegal biasa.

Satu lagi yang menarik perhatian saya adalah pakaian pelajar tingkatan enam. Kalau sebelum ini, pelajar lelaki dengan baju dan seluar putih, ini akan diubah. Kemungkinan besar sekolah memilih seluar hitam. Hari khamis pelajar akan memakai baju batik. Selain itu, mereka juga akan menempah baju korporat. Tapi semua ini akan dibuat secara beransur-ansur supaya pelajar tidak rasa terbeban.

Semuga semua perubahan ini akan membawa kebaikan kepada pelajar, guru, sekolah dan sistem pendidikan secara amnya.

3 ulasan:

Idayu Nodin berkata...

perubahan yang hebat!!!
Nama pun Sekolah Bestari mesti ada kelainan dari sekolah biasa..
Selamat Maju Jaya untuk sekolah SMK Telok Datok.
Buat Cikgu.. Selamat Menjalankan Tugas..Semoga cikgu dapat menyelesaikan tugas dengan baik..

cikgu sharifah berkata...

Tahniah... Guru Pra-universiti... Moga semua akan dapat memanafaatkan pelajar & guru.

iezz berkata...

Semoga cabaran baru buat kita jadi lebih komited!